Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tony Fernandes dalam satu kenyataan pada semalam meminta agar pelanggan tidak meminta bayaran balik (refund) dan menerima kredit bagi penerbangan yang terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19.

Ia susulan terdapat peningkatan jumlah pelanggan yang mahukan bayaran balik susulan pembatalan penerbangan mereka yang telah dibuat bersama syarikat penerbangan tambang murah itu.

Walaupun 80 peratus daripada pelanggan yang terkesan bersetuju untuk menerima kredit penerbangan namun jika dilihat kepada apa yang dibicarakan di media sosial Twitter dalam tempoh 24 jam sebelum ini, ramai yang berpendapat AirAsia sepatutnya memberikan bayaran balik kepada pelanggan mereka.

Melalui semakan yang dibuat di Twitter, rata-rata netizen menasihatkan pelanggan yang terlibat agar meminta bayaran balik dan tidak menerima tawaran kredit penerbangan yang diberikan.

https://twitter.com/ariffazaudin/status/1249538455773818881?s=20

Tidak cukup dengan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan tawaran kredit penerbangan, netizen juga dilihat telah mewujudkan petisyen meminta AirAsia memberikan bayaran balik kepada mereka.

Petisyen I hope Air Asia will refund all ticket money due covid-19 yang dibuat di change.org itu sehingga kini sudah mengumpul lebih daripada 900 tanda tangan daripada seribu yang diperlukan.

Capture

Sudah pasti dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, semua pihak memerlukan wang tunai bagi menjalani kehidupan seharian sama ada mereka pengguna ataupun pemilik perniagaan.

Walaupun penjelasan lanjut telah diberikan namun pendirian mereka yang mahukan bayaran balik ini seharusnya dipertimbangkan memandangkan situasi yang tidak berapa menentu untuk semua ketika ini.

Harapnya, pihak AirAsia dan pelanggan mereka yang terjejas dapat mencari kata putus dan menjumpai solusi win-win yang akan memuaskan hati semua pihak dalam perkara ini.

Jika anda merupakan salah seorang pengguna yang terkesan dengan pengumuman ini, kami pernah berkongsikan cara untuk memohon pembayaran balik tiket penerbangan yang dibatalkan kerana COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.Ā 

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

AirAsia Sedia Gantung Perkhidmatan Hampir Semua Penerbangan Sehingga 25 April Ini