Bersempena dengan Maulidur Rasul yang berlangsung pada minggu ini, umat Islam dimeriahkan dengan pelbagai program keagamaan dalam memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, sambutan pada kali ini sedikit kecoh apabila tular dengan kehadiran seorang individu dari Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Baca Juga:

Gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri membuatkan program beliau di Kedah, Terengganu, Kelantan dibatalkan. Sementara itu, nasab keturunan individu ini yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut memaklumkan pihak mereka tidak membernarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.

“Kita telah menghantar surat kepada pihak pengurusan dewan mengenai arahan larangan atau tidak membenarkan program tersebut. “Tambahan, penceramah yang dijangka turut serta dalam program itu tidak mempunyai pentauliahan dari JAIS,” ulas JAIS ketika dihubungi Kosmo!

Sementara itu, terdapat sebuah perkongsian daripada Facebook Darul Uloom Al Mustafa yang tampil mengesahkan keturunan individu ini sekaligus menjawab fitnah tentang Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani. Setakat ini, program beliau di Dewan Budaya, USM telah berlangsung seperti biasa pada 3 Oktober lalu.

Sumber