Restoran yang menjual makanan atau minuman yang tidak mempunyai tanda halal yang sah namun dilabel sebagai mesra muslim dan tiada hidang babi semakin banyak di luar sana.

Namun,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengingatkan premis perniagaan tanpa sijil halal bahawa mereka dilarang sama sekali menggunakan istilah seperti “mesra-Muslim” atau “tiada babi, tiada lemak babi”.

JAIS Jelaskan Mengapa Tanda 'No Pork No Lard' Dilarang Di Premis Tidak Bertauliah Halal
Sumber Gambar: Sinar Daily

Dipetik daripada laman Says, jabatan tersebut menegaskan bahawa frasa seperti itu boleh mengelirukan pengguna sehingga mereka beranggapan produk atau perkhidmatan tersebut mematuhi piawaian halal.

Walhal, tanpa SPHM, tidak ada jaminan bahawa semua syarat halal termasuk bahan mentah, proses penyediaan, dan kebersihan telah dipenuhi.

Tindakan ini juga adalah untuk mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 yang melarang penggunaan istilah atau label yang boleh mengelirukan pengguna.

“Piawaian halal merangkumi pelbagai aspek, termasuk bahan mentah, pemprosesan, dan kebersihan.

Akta Perihal Dagangan 2011 di Malaysia melarang keras penggunaan sebarang terma atau label yang boleh mengelirukan pengguna.

“Hanya premis perniagaan yang mempunyai SPHM yang sah dibenarkan menggunakan terminologi tersebut,” kata wakil JAIS.

Menurut JAIS, frasa ini tidak menjamin piawaian halal secara menyeluruh. Ia tidak mengambil kira aspek-aspek penting lain seperti penggunaan alkohol, risiko pencemaran silang, atau bahan-bahan tidak halal lain seperti gelatin.

Oleh itu, penggunaan istilah tersebut boleh mengelirukan pengguna Muslim yang menyangka premis itu memenuhi syarat halal sepenuhnya.

“Penggunaan terma-terma ini oleh pihak yang tidak memegang SPHM dianggap sebagai aplikasi yang salah dan boleh menimbulkan kekeliruan serta melanggar peraturan,” katanya.

Perintah tersebut menyatakan, “Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan melalui apa-apa representasi atau perbuatan yang mungkin akan mengelirukan atau mengusutkan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh seorang Muslim melakukan suatu kesalahan.”

Boleh tonton video yang dikongsikan oleh pihak JAIS di bawah ini:-

@jaisel_official

🍉𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟🍉 PENGGUNAAN ‘MUSLIM FRIENDLY’ SALAH? Di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, penggunaan istilah yang mengelirukan seperti ayat al-Quran dan perkataan berkaitan Islam adalah satu kesalahan. Penggunaan 𝘮𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥𝘭𝘺, 𝘯𝘰 𝘭𝘢𝘳𝘥 oleh bukan pemegang sijil halal adalah dianggap mengelirukan dan merupakan satu kesalahan di bawah akta. Umat Islam juga disarankan agar sentiasa memastikan status halal sesuatu premis atau makanan sebelum membeli atau memakan sesuatu produk. #JabatanAgamaIslamSelangor #IslamicSaviourObedience #InfoHalal #KitaSelangor #BahagianPengurusanHalalJAIS

♬ original sound – Jabatan Agama Islam Selangor – Jabatan Agama Islam Selangor