Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju dan bekas tunangnya, ahli korporat, Datuk Seri Khazrul Elzey seolah masing-masing mendedahkan masalah dan aib yang berlaku sewaktu bersama kepada netizen.

Situasi menjadi lebih panas apabila Anju mendakwa bekas tunangnya menunggang agama serta pernah bersama sewaktu mereka dalam fasa bertunang. Difahamkan kenyataan yang dibuat Anju berikutan Khazrul yang dikatakan seolah memamklumkan Anju sahaja yang bermasalah dalam hubungan mereka.

Baca Juga:

Terbaharu, Khazrul yang dikaitkan dengan pemberian kunci kepada Anju memaklumkan menerusi TikTok Live di mana beliau sebenarnya kurang gemar Anju kerap ke rumah beliau kerana mampu mengundang maksiat serta memberi imej yang tidak elok buat anak perempuannya, Julia Sharapova.

Memulakan pendedahan dengan selawat serta memaklumkan tidak pernah menipu, Khazrul dengan penuh jujur dan ikhlas menyatakan beliau lelaki yang tidak mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu.

“I ada anak perempuan, kalau buat benda-benda tak elok dalam rumah. Ya Allah, mana nak letak muka?,”katanya.

Khazrul berkata lagi, Zarina juga pernah mengamuk bila dia tiada dalam bilik.

“Ada satu hari, pagi tu dia mengamuk sebab i tak ada dalam bilik. I kat ruang tamu.

“Dia tanya tak sayang ke? Bukan i tak sayang you. I kena tidur luar. Hormat la.

“Sebab tu saya tak suka dia datang rumah saya. Saya tak nak benda-benda aneh (maksiat) tu berlaku. Kita masing-masing ada nafsu, kita kawal,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsiannya lagi, Khazrul mengakui dia dan Anju pernah tidur bersebelahan pada satu malam dengan mendakwa bahawa pelakon terbabit seperti ‘terdesak’ untuk bersama.

“Ni saya cerita jujur, ikhlas. Saya tak pernah menipu. Okaylah sebab nak sangat tidur sebelah-sebelah walaupun tak kahwin.

“Jadi tidur la sebelah-sebelah tapi tak buat apa-apa pun. Sampai la I tertidur.

“Nak sangat tidur sebelah. I pening lah. Kalau boleh jangan la datang. I pun tak minta datang. Bila dah jadi macam tu, waktu Subuh. I bangun nampak bantal peluk dah jatuh bawah. I pun angkat letak sebelah dia,” katanya.

Sebelum ini, pasangan ini pernah menjadi buah mulut netizen selepas Khazrul dilihat membawa Anju ke sebuah butik untuk membeli tudung di mana netizen percaya Anju mampu berubah dengan didikan kekasih.

Sumber