Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menyenaraikan tiga gol untuk dicalonkan bagi merebut Anugerah Puskas 2023.

Anugerah tahunan itu mengumpulkan jaringan terbaik yang dicipta baik dalam perlawanan bola sepak lelaki dan wanita dari 19 Disember 2022 hingga tarikh akhir iaitu pada 20 Ogos tahun ini.

Gol yang dihasilkan dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Serie B Brazil dan Liga Portugal dipilih sebagai finalis dan tahun ini tiada jaringan dari bola sepak wanita seperti tahun sebelumnya.

Pemain sayap Brighton, Julio Enciso menjadi calon pertama dimana jaringan tersebut dihasilkan ketika kelabnya turun menentang Manchester City di Stadium AMEX yang mana perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Enciso menyempurnakan build up yang melibatkan kesemua pemain Brighton dimana beliau melepaskan rembatan dari jarak 30 ela sekaligus menewaskan penjaga gol Manchester City ketika itu, Stefan Ortega.

Seterusnya, pemain sayap Sporting Lisbon, Nuno Santos menjadi calon kedua dimana pemain ini menjaringkan gol dengan teknik luar biasa ketika bertemu Boavista pada Mac tahun ini.

Pemain berusia 28 tahun ini melakukan rembatan rabona dalam kotak penalti lawan sekaligus menewaskan penjaga gol Boavista.

Gol ketiga yang dipilih sebagai finalis hadir dari pemain Botafogo, Guilherme Madruga dimana pemain tengah itu menjaringkan gol ketika perlawanan menentang Novorizontino pada Jun.

menjaringkan gol dengan melakukan bicycle kick dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Anugerah Puskas bukanlah satu anugerah yang asing bagi bola sepak Malaysia dimana salah seorang pemain negara iaitu Faiz Subri pernah memenangi anugerah tersebut pada 2016.

Faiz menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang dianggap menentang fizik ketika perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang.