Tiga lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes serangan terhadap seorang warga emas di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Amir Zainul Muttaqin Mohd Zamri.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 39 hingga 44 tahun itu ditahan petang semalam.

Tular Video Bekas Pekerja JKR Dipukul Pemandu Perodua Alza, Mangsa Hidung Patah Dan Retak Kedua-Dua Rahang

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan kereta Skoda yang dipandu isteri mangsa.

“Mangsa yang keluar untuk melihat kerosakan pada kenderaan berkenaan bagaimanapun diserang individu menaiki Perodua Alza terbabit,” katanya.

Terdahulu, mangsa berusia 62 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada muka, hidung dan mulut selepas diserang tiga individu kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Kejadian itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas rakaman video memaparkan warga emas berkenaan dipukul dan diserang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Tambah Tajuk Lebih SensasiMasukkan Unsur Disiku Dalam Tajuk