Baru-baru ini, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menyatakan seramai 7 pemain kacukan sudah dikenal pasti bagi beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Ismail menegaskan pemain yang dikenal pasti kebanyakan dari Eropah Selatan dan tiada pemain yang berasal dari England.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini bermaksud tiga pemain memiliki darah kacukan England yang sebelum ini menyuarakan minat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya tidak berada dalam perancangan.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Richard Chin, Jaami Qureshi dan Kobe Chong dimana ketiga-tiga pemain pernah dikaitkan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini.

Kobe Chong
Kobe Chong

Kobe pernah melawat Malaysia bagi melihat sendiri perkembangan bola sepak dalam negara manakala Richard pernah menjalani latihan bersama skuad B-23 Tahun negara namun tiada langkah selanjutnya yang dicapai oleh dua pemain dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam satu ciapan di laman X miliknya, Tunku Ismail telah memuatnaik foto baginda bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, Dr Craig Duncan (Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya) dan Tim Cahill.

“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya,” ujar Tunku Ismail dalam ciapan tersebut.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.”

“Mustahak pasukan memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif.”

Perkembangan terkini itu jelas membuatkan para peminat bola sepak tanah air teruja untuk mengetahui senarai lengkap pemain-pemain tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut mendedahkan bahawa ramai pemain yang dicanang-canangkan mempunyai darah Malaysia langsung tidak mengetahui tentang negara kita.

Malah turut ada yang mengakui keluarga mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan negara Malaysia.