Tiga wanita di Taman Ekologi Chipinque, Mexico mengadapi detik cemas apabila didekati oleh seekor beruang hitam yang dirakam dalam satu video yang berdurasi selama 59 saat.

Beruang tersebut kelihatan berdiri di salah seorang wanita sambil menyentuh dan mencium bahagian kakinya. Beruang hitam itu juga beberapa kali menampar bahagian peha wanita tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Video yang mendapat 8,900 tanda suka dan 3,900 ciapan balas telah berlegar di internet dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Kebanyakan daripada netizen memuji cara tiga wanita tersebut menghadapi beruang hitam yang menghampiri mereka.

https://twitter.com/gunsnrosesgirl3/status/1284784588808650753?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1284784588808650753%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F07%2F21%2Fvideo-mendebarkan-tiga-wanita-hadapi-detik-cemas-dihampiri-beruang%2F

Bahagian Perlindungan Sivil Negara sebelum ini telah mengeluarkan beberapa langkah keselamatan sekiranya berhadapan dengan beruang.

Mereka dinasihatkan agar kekal bertenang, jangan berdiri di antara beruang (ibu) dan anaknya, jangan mendekati mereka, jangan memberi mereka makanan dan jangan cuba mengambil gambar swafoto dengannya.

Tindakan tiga wanita terbabit yang bersikap tenang dan tidak cemas telah menjadi antara penyebab mengapa mereka tidak diserang oleh beruang hitam tersebut.

Selain daripada itu, lihat bagaimana Khabib Nurmagomedov, atlet Ultimate Fighting Championship (UFC) berlatih bersama-sama beruang ketika dia berusia 9 tahun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Khabib Berlatih Bersama Beruang Ketika Berusia 9 Tahun