Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, AirBorneo, secara rasmi membuka jualan tiket bagi laluan baharu yang amat dinantikan yang menghubungkan Kuching (KCH) dan Kuala Lumpur (KUL).

Bermula jam 7:00 pagi hari ini (7 Julai 2026), para penumpang boleh mendapatkan tambang promosi eksklusif ‘SarawakKu Sayang’ yang menawarkan nilai hebat bagi penerbangan sehala antara Semenanjung dan Bumi Kenyalang.

Tawaran Tambang Eksklusif ‘SarawakKu Sayang’

Sama ada anda pulang ke kampung halaman, merancang percutian, atau melakukan urusan perniagaan, AirBorneo menawarkan pilihan kelas penerbangan dengan harga yang sangat kompetitif:

Kelas Ekonomi (Economy Class) – All-in One-way – RM375*

Kelas Perniagaan (Business Class) – All-in One-way – Bermula dari RM736*

*Tambang penuh (all-in) ini sudah termasuk Caj Perkhidmatan Penumpang (airport taxes), surcaj bahan api, serta yuran-yuran lain yang berkaitan tanpa caj tersembunyi.

Tempoh Tempahan & Perjalanan

Tarikh Tempahan bermula dari 7 Julai 2026. Bagi tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) pada 20 Julai 2026 – 27 Mac 2027.

Sementara Kuching (KCH) ke Kuala Lumpur (KUL) pula pada 21 Julai 2026 – 27 Mac 2027.

Laluan berjadual ini akan dikendalikan menggunakan pesawat jeti Boeing 737-800 dengan kekerapan dua kali sehari, memberikan fleksibiliti masa serta keselesaan premium buat semua penumpang.