Terbuka Malaysia 2026 bakal menjadi pembuka tirai kejohanan sulung bagi kalendar pertandingan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) untuk tahun hadapan.

Dengan status selaku kejohanan Super 1000, ia pasti menarik penyertaan bintang-bintang ternama dunia serta menjanjikan hadiah lumayan dan mata ranking yang tinggi.

Baca Juga:

Kejohanan Terbuka Malaysia 2026 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu akan bermula 6 hingga 11 Januari nanti.

Seperti yang dilaporkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi, tiket bagi kesemua enam hari pertandingan Terbuka Malaysia 2026 itu sudah mula dijual.

Dapat disaksikan harga berbeza bagi enam kelas tempat duduk dalam Terbuka Malaysia 2026 iaitu Platinum A, Platinum B, Premium, Premium A, Premium B dan Upper.

Seperti kebiasaan, Platinum A sudah pasti menjadi pilihan buat para peminat yang mahu menyaksikan pemain-pemain kegemaran dengan lebih dekat serta berpeluang untuk mendapatkan tandatangan dan berswafoto bersama.

Lebih tepat lagi para pemain yang akan beraksi di gelanggang 1 dan 2 akan berjalan di hadapan Platinum A.

Bagi yang membeli tiket tempat duduk platinum B pula, anda akan betul-betul berada bersebelahan dengan gelanggang 2.

Pemandangan di tempat duduk Premium lebih menarik walaupun tidaklah terlalu dekat dengan gelanggang, tetapi mudah untuk anda menyaksikan permainan di ketiga-tiga gelanggang dalam satu masa.

Premium A di atas Platinum B manakala Premium B pula di kawasan sudut bersebelahan Premium atau lebih tepat lagi pemandangan utama mereka adalah di gelanggang 3.

Bahagian Upper merupakan tiket paling murah apabila anda akan berada di tingkat paling atas tetapi ia masih merupakan momen yang indah dapat menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik dalam Terbuka Malaysia 2026.

Berikut merupakan harga tiket mengikut pengkhususan kelas tempat duduk bagi Terbuka Malaysia 2026:

Tiket Terbuka Malaysia 2026

Platinum A

6 Januari – RM 150 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 180

7 Januari – RM 150 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM  180

8 Januari – RM 330 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 360

9 Januari – RM 420 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 450

10 Januari – RM 510 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 540

11 Januari – RM 600 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 630

Season Pass – RM2,000

Platinum B

6 Januari – RM 120 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 150

7 Januari – RM 120 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM  150

8 Januari – RM 300 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 330

9 Januari – RM 390 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 420

10 Januari – RM 480 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 510

11 Januari – RM 570 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 600

Season Pass – RM1,820

Premium

6 Januari – RM 100 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 135

7 Januari – RM 100 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM  135

8 Januari – RM 145 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 180

9 Januari – RM 280 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 315

10 Januari – RM 415 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 450

11 Januari – RM 505 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 540

Season Pass – RM1,450

Premium A

6 Januari – RM 67 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 77

7 Januari – RM 67 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM  77

8 Januari – RM 85 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 95

9 Januari – RM 134 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 144

10 Januari – RM 260 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 270

11 Januari – RM 305 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 315

Season Pass – RM780

Premium B

6 Januari – RM 45 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 59

7 Januari – RM 45 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 59

8 Januari – RM 63 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 77

9 Januari – RM 112 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 126

10 Januari – RM 238 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 252

11 Januari – RM 283 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 297

Season Pass – RM720

Upper

6 Januari – RM 32 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 45

7 Januari – RM 32 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 45

8 Januari – RM 41 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 54

9 Januari – RM 54 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 November – RM 67

10 Januari – RM 68 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 81

11 Januari – RM 77 (Early Bird) – Pembelian selepas 30 Novembe – RM 90

Season Pass – RM282

Kesemua tiket bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 ini boleh dibeli di Ticket2u.com.my.

Sumber