Sejak mula diumumkan tarikh penjualan tiket serta kuota jualan tiket atas talian, ‘ekor’ Harimau Malaya sudah mula berusaha dalam mendapatkan tiket bagi menyokong skuad kebangsaan negara ini.

Disebalik kepayahan dalam mendapatkan tiket, terdapat segelintir ulat tiket yang mula menjual semula tiket perlawanan dengan harga yang jauh lebih tinggi serta tidak masuk akal. Berdasarkan tinjauan kami di laman Carousell dan Mudah, terdapat beberapa penjual yang menjualnya dengan harga sekitar RM150.

Apa yang mengejutkan kami adalah wujudnya ulat tiket yang sanggup menjualnya kembali dengan harga setinggi RM500. Pada kami, harga penjualan yang ditawarkan adalah sangat tidak munasabah dan tidak sihat bagi penyokong Harimau Malaya. Walaubagaimanapun, masih terdapat lagi para penjual yang menawarkannya dengan harga yang tidak terlalu beza berbanding harga tiket asal.

Screenshot 2018-12-09 at 11.57.59 AM

 photo6082605308653447408

Melalui laporan terbaru VocketFC, difahamkan 80,000 tiket Final AFF Suzuki Cup 2018 telahpun habis dijual seawal jam 10.30. Anda boleh klik di sini untuk laporan penuh.