Presiden Donald Trump memaklumkan bahawa beliau telah menemui pembeli untuk aplikasi TikTok, lapor BBC.

Dalam satu temu bual bersama Fox News, beliau berkata sekumpulan ‘individu yang sangat kaya’ bersedia untuk membeli platform tersebut.

Baca Juga:

“Saya akan beritahu dalam masa dua minggu,” katanya.

Namun, sebarang penjualan perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan China terlebih dahulu.

Donald Trump yakin Xi Jinping bagi ‘green light
TikTok Bakal Jadi Milik US? Donald Trump Dakwa Ada Sekumpulan Orang Kaya Raya Akan Beli
Sumber Gambar: Brendan Smialowski / AFP

Beliau menyatakan percaya Presiden Xi Jinping mungkin akan benarkan.

Awal bulan ini, beliau sekali lagi menangguhkan untuk kali ketiga penguatkuasaan undang-undang yang mewajibkan penjualan TikTok.

Penangguhan terbaru memberi tempoh kepada syarikat induk TikTok, ByteDance, untuk memuktamadkan perjanjian penjualan sebelum 17 September.

TikTok Bakal Jadi Milik US? Donald Trump Dakwa Ada Sekumpulan Orang Kaya Raya Akan Beli
Sumber Gambar: ByteDance

Pihak BBC telah menghubungi TikTok untuk mendapatkan komen, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Sebelum ini, satu perjanjian untuk menjual TikTok kepada pembeli dari AS gagal dilaksanakan pada bulan April, susulan ketegangan antara Rumah Putih dan China berhubung isu tarif yang dikenakan oleh Donald Trump.

Sumber