Seperti ramai sedia maklum, sejak kehadiran aplikasi media sosial TikTok, orang ramai seolah lebih tertumpu kepada media sosial ini berbanding media sosial yang lain.

Malah, media sosial lain turut mengalami jumlah pengguna aktif berikutan pengguna yang menghabiskan masa yang lebih banyak di TikTok.

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi laporan daripada Dexerto, TikTok dilaporkan sedang mencuba servis langganan berbayar yang membolehkan pengguna menikmati pelayaran di TikTok tanpa gangguan iklan.

Sumber: Sport

Sebagai rekod, TikTok kini berjaya membuatkan para pengguna menghabiskan masa sehingga 31 jam secara purata setiap bulan sekaligus memintas jumlah masa yang digunakan orang ramai untuk menonton kandungan di YouTube.

Difahamkan harga yang bakal ditawarkan buat para pengguna adalah sekitar $4.99 (~RM23.61) di Amerika Syarikat dan berkemungkinan berbeza di negara-negara yang lain.

Penawaran servis TikTok Premium tanpa iklan ini mungkin bakal membuatkan pengguna yang tidak melanggan ‘terpaksa’ menonton iklan seperti di platform media sosial yang lain.