Salah seorang Tiktoker dari luar negara mempunyai tanggapan yang kurang menyenangkan mengenai rakyat Malaysia ketika kunjungan beliau ke negara ini.

Pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Marilyn_ruv memuat naik satu video yang menunjukkan beliau berkunjung ke Melaka dalam lawatan beliau ke Malaysia.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Dalam video tersebut, Marilyn menganggap rakyat negara ini kurang mesra dan kedekut senyum, berbeza dengan apa yang dialaminya ketika tinggal di negara jiran iaitu Thailand.

@marilyn_ruv

Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Marilyn_ruv

“Berjalan di Malaysia, saya perasan satu perkara dimana rakyat di sini tidak begitu mesra dan mereka juga tidak senyum kepada satu sama lain. Berbeza ketika saya tinggal di Thailand, saya sentiasa mendapat perhatian dan semua orang senyum terhadap satu sama lain.

“Tetapi di sini berbeza. Saya tahu ada banyak peraturan dan saya rasa kurang selesa. Saya rasa ia sedikit pelik,” katanya.

Tinjauan kami di ruangan komen menunjukkan ada netizen yang kurang senang dengan kenyataan beliau dimana ramai yang menyifatkan TikToker itu hanya mahukan perhatian dan mahu agar beliau lebih menghormati negara ini.

Selain itu, ada juga pelancong lain yang memiliki pendapat berbeza dengan Marilyn. Salah seorang rakyat Britain yang tinggal di negara ini menulis Malaysia merupakan salah satu negara yang paling ramah yang pernah beliau temui sepanjang bergelar seorang traveller.

Apa yang pasti, pendapat negatif dari rakyat asing tidak akan menjejaskan imej Malaysia sebagai negara yang harmoni yang menjadi rumah kepada rakyat berbilang kaum.