Seorang pelajar antarabangsa terharu dengan kemurnian hati orang Malaysia yang membantunya semasa keretanya tersangkut di tepi jalan di hari raya pertama.

Dalam laman sosial DouYin, Koko, seorang pelajar China di Malaysia, menceritakan bagaimana keretanya tersangkut dalam longkang ketika melalui sebuah kampung pada 10 April untuk melawat gurunya

Baca Juga:

“Saya dan dua rakan saya, semuanya perempuan, tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu.” Dia berkongsi.

Tanpa perlu menunggu lama, penduduk tempatan di sekitar itu segera menghulurkan bantuan.

“Ada antara mereka yang turun dari kereta, yang lain demngan motosikal; mereka semua berhenti dan cuba membantu.”

Beberapa penduduk tempatan membantu Koko mengangkat keretanya, yang lain membantu menguruskan lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan.

Koko menjelaskan bahawa dia tahu Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang luar biasa, sentiasa bersedia untuk membantu.

“Tetapi rakyat Malaysia tidak pernah berhenti mengejutkan saya dengan baik budi mereka.”

“Saya benar-benar mencintai negara ini dan menganggapnya rumah kedua saya,” kata Koko.