Orang ramai dinasihatkan tidak buat spekulasi atau andaian berkaitan dengan insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights baru baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, mengingatkan masyarakat agar memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan menyiasat insiden tersebut.

Kejadian itu benar benar menggemparkan negara. Di mana letupan gas itu mencetuskan api besar yang marak dan mengakibatkan kebakaran.

Petronas Gas
Sumber: Reuters

Banyak harta benda musnah. Dengan angka kerugian dijangka mencecah puluhan juta ringgit.

Di media sosial ramai yang berkongsi cerita dan ada yang menyebarkan spekulasi yang dianggap tidak berasas.

Oleh, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sendiri.

Siasatan Awal Dedahkan Kebocoran Paip Gas Bawah Tanah Punca Kebakaran Di Putra Heights

Buat spekulasi tak berasas boleh dikenakan tindakan

Shamsul turut memberikan amaran bahawa individu yang membuat spekulasi sehingga mengganggu siasatan dan menimbulkan ketegangan boleh dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan perundangan.

Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang memantau perkara tersebut dari semasa ke semasa.

Rancangan 'Wajibkan' Penghalaan DNS Dibatalkan
Sumber Gambar: Bernama via Harian Metro

Dipetik daripada laporan BH Online, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar berkata: “Kita harap orang ramai mengelak daripada menyebarkan berita atau maklumat palsu supaya tidak mengelirukan orang ramai.

“Masyarakat yang mahu mendapatkan maklumat boleh mengakses di laman sesawang atau kenyataan media rasmi daripada jawatankuasa berkaitan.

“Ini bertujuan mengelak kekeliruan dan menimbulkan suasana tidak baik terutama kepada mangsa.

api

“Ini juga bentuk sumbangan kita kepada negara dengan mengehad dan memastikan tiada isu tidak berkaitan ditimbulkan.

“Tindakan berasaskan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan atau membuat sesuatu tidak baik.”

Kesemua mangsa insiden tersebut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun ada beberapa mangsa yang sedang dirawat.