Sudah hampir 5 bulan kami di benua Amerika Selatan, kami ingin kongsikan sedikit tips buat dreamers di luar sana yang merancang untuk mengembara ke benua ini.
Tapi tips ini hanya merangkumi 4 buah negara yang telah kami lawati bermula dari Peru, Bolivia, Argentina dan Chile.
Ruta 40 ( Kira cam highway Nama 40 ) yang terkenal kat Argentina. Panjang gila jalan ni. 5000 lebih km. Ni kat tengah-tengah dia, sejauh 2623km. Nama tempat ni Chos Malal dalam Daerah Patagonia.
1. Visa
Rakyat Malaysia bebas mengunjungi Peru, Chile dan Argentina tanpa visa. Ketika kami sampai di Peru, kami serta-merta mendapat 60 hari freestay.
Sebenarnya kita boleh dapat sehingga 180 hari freestay di Peru. Kali kedua kami masuk ke Peru dari sempadan Chile, kami diberi 90 hari freestay!
Di Argentina dan Chile kita boleh dapat hingga 30 hari freestay. Itu lebih daripada mencukupi untuk menjelajah beberapa tempat menarik di 2 negara ini.
Hanya negara Bolivia yang visanya perlu di perolehi sebelum memasuki negara mereka. Tetapi jangan risau. Tak susah pun untuk memohon visa Bolivia.
Kita hanya perlu mengisi borang secara online sebelum datang sendiri ke pejabat Konsulat Bolivia di Cusco dan permohonan ini juga adalah percuma tanpa dikenakan bayaran.
Prosesnya juga tidak lama malah kita akan dapat visa di hari yang sama. Siap dalam beberapa jam sahaja. Selain itu anda wajib mempunyai sijil vaksinasi Yellow Fever (demam kuning) untuk memasuki Bolivia.
2. Pengangkutan
Dari segi jenis pengangkutan, kami memilih untuk mengembara dengan motosikal. Terdapat banyak perkhidmatan sewa atau jual beli motosikal dan kenderaan di benua ini.
Chile dan Argentina juga sudah mula menyediakan khidmat sewa Campervan seperti di New Zealand.
2 negara ini memang menggalakkan budaya camping dan kemudahan campsite yang lengkap dan bersih terdapat di mana-mana.
Cuma sekiranya bermotosikal, kita perlu membayar tol semasa di Chile. Setakat ini hanya di Chile saja kami perlu membayar tol untuk motosikal. Tapi sekiranya anda memandu kenderaan bertayar 4 atau lebih, tol juga terdapat di kesemua 4 negara ini.
Cabaran di Bolivia pula ialah membayar duit minyak sehingga 3 kali ganda dari harga yang tertera. Melainkan kita berjaya meminta pertolongan dari warga tempatan untuk membelikan minyak untuk kita kerana mereka memerlukan salinan kad pengenalan untuk setiap pembelian di stesen minyak.
Tapi anda tidak perlu menjadi seperti kami, anda boleh menggunakan public transport yang sangat murah dan mudah dan terdapat pelbagai pilihan di sini.
Kebiasaannya bas express untuk perjalanan jauh mempunyai pilihan samada kerusi baring 90°, 140° dan 180°.
Dan ada antara bas-bas ini yang merentas 2 negara. Perkhidmatan keretapi tidak meluas di negara ini dan hanya terbatas di beberapa tempat sahaja.
Contohnya di Peru, perkhidmatan keretapi hanya meluas di bahagian yang di paling popular dikalangan pelancong iaitu Machu Picchu dan harganya juga sangat mahal. Berkali-kali ganda lebih mahal dari warga tempatan.
Selain dari bas-bas express, ada juga collectivos (van) untuk perjalanan dekat antara bandar. Selain itu ada juga khidmat mototaxi dan combis.
Untuk yang ingin cuba hitchhiking, Chile dan Argentina merupakan negara yang kami rasakan penuh dengan hitchhiker.
Malahan semasa kami merentasi Patagonia, kami terserempak dengan 2 hitchhikers yang merentas sempadan antara Argentina dan Chile hanya dengan hitchhike sahaja.
Tapi pastikan anda mempunyai kelengkapan camping yang cukup kerana jumlah kenderaan yang melalui Patagonia dan kawasan selatan Argentina dan Chile adalah agak terbatas kerana terlalu terpencil.
Anda mungkin perlu bermalam di tepi jalan sekiranya anda tidak berjaya mendapat kenderaan untuk di tumpang.
Si baju purple with our boy and mighty Licancabur Volcano on the background.
Penuh dengan sticker overlander. Nyesal kitorang takde sticker. Mampu ambik gambar je.
Her favorite pose.a Aways. We just left Chile, and both countries border control is about to -4km from the here. — with Kim Eng.
Purmamarca is totally different view from Atacama. Its like an oasis with colorful mountains and trees all over. And the weather is just nice. Pleasant during the day, not so cold at night. Perfect place to camp.
3. Matawang
Pengeluaran duit tempatan boleh dilakukan di mana-mana Bank dengan kad ATM Malaysia. Tetapi memang harus berhati-hati kerana terdapat sindiket mengklon kad di sini.
Kad ATM kami di pernah block kerana ada pihak yang cuba mengeluarkan duit dari kad kami yang berjaya di ‘klon’ kan. Mujur pihak bank bertindak cepat.
Kawan kami, Casper Dean dari Denmark kehilangan Euro 400 kerana kadnya berjaya di ‘klon’. Jadi sebaiknya bawa duit USD dan tukar di pengurup wang yang besar. Biar dapat ‘rate’ rendah sedikit, daripada dapat duit palsu.
Bayangkan, duit syiling palsu pun ada di Peru.
Untuk memudahkan urusan, kami menggunakan applikasi Skype untuk menghubungi bank di Malaysia. Lebih jimat bila menggunakan Skype kerana tarifnya hanya seperti kita menghubungi nombor tempatan.
4. Makanan
Hampir 99% populasi di 4 negara ini menganut agama Kristian. Jadi sangat sukar untuk mendapatkan makanan yang mempunyai tanda atau logo halal di sini.
Kami memilih untuk menukar diet bersesuaian dengan keadaan. Di kebanyakan masa, kami mendapat bekalan protein dari ikan, telur, kekacang dan yogurt. Cukuplah untuk menghilangkan lapar.
Buah avocado teramat banyak di benua ini dan sangat murah. Avocado antara diet utama kami di sini. Buah-buahan tempatan seperti epal, anggur dan peach juga antara opsyen lain untuk diet pemakanan untuk tidak lapar.
Di Peru dan Bolivia terutamanya pilihan buah-buahan juga sangat banyak. Bukan sahaja epal dan sebagainya, buahan tropika seperti betik, mangga, tembikai dan durian belanda juga sangat mudah didapati. Yang tiada cuma buah durian.
Anda pasti tidak akan kelaparan di sini. Tapi agak sukar mendapatkan sayuran hijau. Mungkin sebab diet penduduk tempatan tidak terlalu menekankan pengambilan fiber dalam menu harian mereka.
Setakat daun salad dan brokoli senanglah nak dapat. Jadilah… buat tambah fiber dalam diet.
Restoran-restoran di Peru pula selalunya menyediakan set yang di panggil ‘Menu’ untuk makan tengahari. Dalam set Menu ini anda akan mendapat salad atau sup sebagai entree, sepinggan nasi atau kentang dan ikan atau ayam bergantung kepada pilhan yang ada. Juga segelas air.
Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat pembasuh mulut juga. Dan harganya kurang dari RM10. Percayalah, Menu ini lebih dari cukup untuk 2 orang dan anda akan kenyang sepanjang hari!
Budaya camping tidak terlalu meluas di Peru dan Bolivia. Jika anda membawa stove, kebarangkalian untuk mendapatkan bekalan gas sangat tipis. Jika anda kehabisan gas, anda mungkin perlu menunggu hingga sampai ke Argentina atau Chile untuk mendapatkan bekalan gas baru.
5 minutes butt rest and a few selfie. Please ignore Thomas, he used to be a model.. That’s what he said. I’m a bit doubtful when I see how he posed. — at Laguna Colorada.
Another butt rest. Look at the road. I hate you sandy road! — at Laguna Colorada.
We ride at a speed of 10-20km/h. Took us 8 hours to complete 133km. Damn you sandy road. — at Laguna Colorada.
The view however was amazing. — at Laguna Colorada.
Thomas looking out for me. I lose my confident when I crash the first time. — at Laguna Colorada.
Going really really slow. — at Laguna Colorada.
5. Komunikasi
Peratus orang tempatan untuk berbahasa Inggeris agak rendah. Ada yang faham, tapi tidak dapat bertutur pula dan mereka kadang-kala berasa tidak yakin untuk berbahasa Inggeris. Mungkin takut kami jadi grammar Nazi padahal kami pun bukan hebat sangat. Hentam juga.
Selalunya mereka membalas pertanyaan kita dalam Bahasa Spanish. Adalah lebih baik kalau kita dapat berbahasa Spanish kerana semuanya di sini adalah dalam bahasa Spanish.
Boleh sahaja belajar melalui YouTube dan praktikkan dengan warga tempatan. Kami belajar asas-asas Spanish melalui komunikasi harian dengan warga tempatan dan juga dari menonton TV. Hampir kesemua program-program TV mereka di alih bahasa ke Spanish.
Jimat duit dan lebih cepat untuk kita menguasai bahasa tempatan dengan hanya menonton TV. Kami juga menggunakan applikasi translate sebagai tool komunikasi jika kami mengalami kesukaran untuk memahami subjek yang cuba disampaikan.
Basically, keempat-empat negara ini menggunakan bahasa Spanish tetapi terdapat sedikit perbezaan di antara negara. Contohnya ketika kami di Argentina, mereka tegas mengatakan mereka menggunakan Argentine Spanish.
6. Tempat tinggal
Untuk ‘budget’ traveller, usahlah usha hotel kerana hotel terlampau mahal. Sila usha Hostal. Kebanyakan pengusaha Hostal di sini akan tinggal di premis yang sama, seperti home stay di Malaysia.
Dan jangan terkejut jika anda lihat bangunan hostal seperti tidak siap, tapi biliknya seperti hotel 3-4 bintang. Pemandangan seperti ini adalah normal di Peru. Kadang-kadang tingkat 4 masih dalam pembinaan, tapi tingkat 1 hingga 3 sudah sedia didiami.
Di Peru, konsepnya agak lain. Bilik-bilik matrimional adalah paling murah berbanding bilik berkatil dua. Jika anda travel bersama sahabat anda, pasrah sajalah berkongsi katil walau sahabat anda tidur lasak dan buas sebab itu sajalah yang paling murah. Setakat ini semua bilik yang kami tinggal bersih dan lengkap.
Anda tidak perlu bawa tuala mahupun syampu dan sabun mandi. Semuanya ada tersedia seperti hotel 5 bintang. Malah kami rasa standard mereka jauh lebih bagus dari negara Eropah. Dan yang penting murah.
Selain Hostal, terma lain untuk bajet accommodation dikenali sebagai Hospedaje, Alojamiento, Pension, Residencia dan Cabanas. Semua itu kami pernah tinggal.
Semua tempat ini kebanyakkannya tidak terdapat secara online. Jadi jangan risau kalau anda menuju sesuatu tempat tapi tidak berjaya mencari tempat tinggal secara online.
Hampir pasti terdapat hospedaje di mana-mana. Kami sangat jarang booking tempat tinggal. Selalunya kami sampai dulu di satu-satu tempat baru mula mencari tempat bermalam.
Kiranya tak berjaya, kami masih ada khemah yang boleh di pacak di mana-mana. Hanya perlu minta izin tuan rumah jika kami mahu camping di kawasan mereka.
Dari segi kualiti, tidak banyak beza antara Hostal, Hospedaje, Alojamiento, Pension dan Residencia.
Hostal kebiasaannya menjadi pilihan international traveller tetapi di hospedaje dan yang lain-lain, kita akan melihat lebih ramai warga tempatan. Manakala cabanas pula adalah kabin kecil yang lengkap dengan dapur.
Ada juga hostal yang menyediakan dapur untuk kegunaan kita walaupun jumlahnya tidak banyak, tapi di hospedaje hampir pasti tiada dapur disediakan.
Lagi – lagi carnaval. Tapi ini bukanlah carnaval macam yang diraikan di Brazil tu. Kami ni dah tua malas nak berfoya di carnaval macam tu. Kami pergi carnaval kampung je, tengok orang-orang kampung dari pelbagai etnik dan puak pakai pakaian berwarna – warni dengan skirt kembang setaman menari tarian tradisional mereka.
Tapi sekali tengok kena beratur panjang sampai 1km mengelilingi bangunan, terus cancel. Tengok dari luar aje la nampaknya.
The Uros floating islands is an island made out of reeds located on Lake Titicaca, the highest navigable lake in the world, which is shared between Peru and Bolivia.
It was interesting to learn how the islands remain afloat and the house building techniques as well how there are still those who live on reed islands in the middle of a huge lake.
It was such an experience to step on the islands couple with the very warm welcome from the indigenous peoples that live there.
Late afternoon view — at Machu Picchu, Peru – Wonder Of The World.
The journey from Oruro to Salar de Uyuni will definitely pass by the Capital of the Royal Quinoa name Salinas. As usual we will surely pit-stop to enjoy the natural landscape.
7. Budaya dan ekonomi
Bercium pipi kanan ketika bersua dan berpisah tidak kira jantina adalah normal. Tetapi selalunya kalau tuan rumah merasakan ada ‘connection’ dengan kita, dia mesti akan peluk dan cium kita sebelum berpisah.
Dari segi ekonomi, kebanyakan kedai dan pejabat akan ditutup dari jam 12 hingga 4 petang melainkan restoran. Makan malam selalunya bermula jam 8 malam dan ke atas.
Jika anda ke kawasan terpencil, jangan berharap untuk berjumpa kedai-kedai yang besar dan lengkap. Hanya kedai runcit kecil milik orang-orang kampung sahaja yang ada dengan pilihan yang sangat terbatas.
Sila lengkapkan keperluan anda sebelum anda venture ke bahagian terpencil. Juga sekiranya anda seorang yang harus mempunyai internet connection sepanjang masa, bersedialah untuk disconnect untuk beberapa ketika. Kerana connection yang ada cuma dengan alam sahaja.
8. Pendapat mengenai orang tempatan
Semua orang tempatan sangat ramah kecuali warga Bolivia. Mereka sungguh kagum bila tahu kita dari Malaysia kerana jarak negara kita dan mereka sangat jauh.
Tidak ramai yang tahu di mana Malaysia, tapi bila kita sebut Benua Asia dan kongsikan negara-negara di Benua Asia, mereka dapat idea di mana negara kita.
Kami sering katakan Malaysia terletak di antara Thailand dan Singapura.
Warga Bolivia memang terkenal dengan sikap kurang mesra dengan orang asing termasuk terhadap orang dari negara sekitar contohnya Brazil atau Argentina.
Kami sendiri mendengar rungutan dari rakan-rakan Brazil dan Argentina tentang ketidakmesraan mereka.
Tapi dari perspektif kami, Bolivia adalah negara yang sangat cantik. Sungguh. Ini adalah salah satu negara yang masih belum terlalu ditembusi arus kemodenan. Masih suci.
Sebuah negara di mana kami perlu berhempas pulas mencari jalan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Jalan yang masih belum wujud pun. Masih berdebu dan berpasir. Hinggakan kami perlu merentas gunung ganang berbatu untuk sampai ke tempat seterusnya. Ye…hingga tahap begitu.
Kalau dari perspektif negara maju, Bolivia dan juga Peru ini dilihat sebagai sebuah negara yang mundur. Tapi bagi kami, yang mundur inilah yang cantik. Yang asli.
Rakyatnya masih bangga hidup berteraskan budaya lama dari zaman nenek moyang mereka beratus tahun yang lalu. Masih menggunakan kuda dan keldai sebagai kenderaan untuk mengangkut hasil tanaman mereka.
Masih hidup di celah gunung jauh dari kemodenan. Masih menggunakan dapur kayu untuk memasak. Setiap hujung minggu mereka akan beramai-ramai ke pekan terdekat untuk menjual hasil tanaman.
Inilah yang asli, yang buat kami rasa bersyukur kami memilih waktu ini untuk mengembara melihat dunia. Ketika kami masih sempat menyaksikan kehidupan yang belum pernah kami lihat sebelum ini.
Sebelum arus kemodenan sampai dan semua ini hilang. Kami melihat sedikit demi sedikit kemodenan menjengah ke kehidupan mereka.
Generasi muda mereka tidak lagi berpakaian tradisi. Jalanraya juga sedang rancak dibina dicelah-celah gunung. Kawasan – kawasan yang diklasifikasikan taman negara mula diberikan kemudahan jalanraya.
Bermakna beberapa tahun lagi, bahagian dunia ini yang selama ini sunyi akan mula dibanjiri manusia dan corak kehidupan mereka akan sedikit demi sedikit bertukar. Yang akhirnya akan bersemadi cuma di muzium untuk kita lihat dari luar.
Jika anda mahu melihat kecantikan senibina, Bolivia bukanlah negara yang sesuai untuk anda. Semuanya di sini adalah tentang alam. Tiada seni bina manusia yang menarik di sini. Yang ada cuma senibina alam dari Tuhan.
Melihat bagaimana terasingnya mereka dari dunia luar, segala ketidakmesraan meraka kepada kami langsung tidak meninggalkan kesan kecewa di hati kami.
Mungkin itu cuma sebahagian budaya mereka. Mereka cuma hidup sesama mereka selama ini. Kami hanya orang asing yang datang sekejap untuk melihat kehidupan mereka. Ini adalah sesuatu yang baharu bagi mereka.
Remuk hatiku melihat kau tergolek di situ. Jalan dari Uyuni sampai border Atacama gini la rupanya. Berpasir sampai ke lutut. Menari atas motor. Nasib tak baik, tergolek. Masa ni kali ketiga tergolek. Tak larat nak angkat kasi tegak. Layan sunset lagi best.
Kami sampai San Pedro De Atacama, Chile pagi tadi. Lega masuk Chile dapat paved road. Bersabar je aku dgn Bolivia. Negara cantik tapi penduduknya mengecewakan.
Bas dari Uyuni ke Incahuasi hanyalah B50 untuk tambang pergi balik. Kami bertiga je ‘alien’ sebab orang dalam bas semua sibuk nak balik kampung mereka di Llica. Jadi, selepas 1 jam perjalanan merentas salt flat ni, hanya kami bertiga je turun.
Kalau ambik tour, kena bayar B750 untuk 3 hari termasuklah kawasan-kawasan pelancongan yang lain. Seronok redah sendiri, boleh tengok sunrise / sunset sampai muntah. Boleh teroka kawasan Incahuasi ikut suka. Cliche… sesekali bergambar dengan signboard
Khemah kami di dalam gua.
Sesi bergambar lepas khemah naik.
Terbentang luas pulau ni yang menjadi milik kami bertiga pada hari itu.
9. Kos
Sukar untuk kami menetapkan berapa budget yang patut anda sediakan kerana setiap orang mempunyai kehendak yang berbeza.
Secara asasnya, kos penginapan, makanan dan pengangkutan kami kategorikan sebagai murah di Peru dan Bolivia. Tetapi jika anda ke Machu Picchu kos akan melambung tinggi kerana Machu Picchu adalah tempat pelancongan paling popular di Peru.
Manakala, di Argentina dan Chile, kosnya pula seolah-olah anda sedang travel di Eropah. Kos pengangkutan di 2 negara ini boleh mencapai beberapa ratus dolar untuk perjalanan jauh terutamanya jika anda ke Patagonia.
Di Patagonia, segala kos akan bertambah mahal tidak kira untuk penginapan mahupun makanan. Patagonia juga adalah tempat tumpuan pelancong seperti Machu Picchu.
Semakin jauh anda ke selatan, semakin mahal harganya.
Jika anda tidak kisah, anda hanya perlu menjadi kental. Berkhemahlah. Anda boleh menurunkan kos penginapan jika anda berkhemah. Tapi jangan pula anda gunakan sleeping bag Malaysia di sini.
Keadaan cuaca di beberapa tempat di 4 negara ini sangat berbeza. Mungkin panas di gurun di bahagian coastal, tetapi di Andes sejuk hingga ke tulang hitam.
Di bahagian Pampas seperti suhu tropika tetapi di Patagonia suhu merudum jatuh ke paras beku bergantung kepada musim. Jadi, bersedialah dan satu saja mampu kami cakap.
You have to rough it up here. Prepare for the unexpected. Maaf, terpaksa guna bahasa Inggeris pula.
10. Lain-lain tips
Jika anda ke Machu Picchu menggunakan bas, duduklah di sebelah kiri bas. Anda akan melalui lembah yang di cantik dihiasi sungai Urubamba.
Bas akan mendaki mountain pass yang dipanggil Abra Malaga di ketinggian 4500 meter sebelum turun semula menuju Santa Maria di ketinggian kurang 1000 meter.
Sebelum sampai ke Abra Malaga, terdapat view cantik di sebelah kiri anda.
Jika anda ke bercadang ke Salar De Uyuni, lebihkan hari anda dan jika boleh jangan terlalu spesifik untuk tinggal berapa hari di sini. Nasib anda di sini sangat bergantung pada keadaan angin.
Jika angin bertiup kencang, anda tidak akan dapat menikmati keindahannya yang sebenar. Anda mungkin perlu mengulang tour anda lagi.
Kebanyakan tempat di benua Amerika Selatan ini terletak di kawasan pergunungan tinggi hingga mencapai lebih dari 5000 meter.
Sila tetapkan beberapa hari untuk menyesuaikan diri anda dengan ketinggian untuk mengelakkan anda terkena AMS. Jika anda terkena AMS, percayalah semua keindahan pun tiada gunanya.
Finally we arrived to Bolivia. It was a fairly windy ride.
1. Stranded at the border town Desaguadero between Peru and Bolivia since Bijan was suspected carrying a fake passport and she is actually Peruvian even after showing them Malaysia Identity Card.
2. Halfway through our ride became an adventure as a monsoon storm came in pelting us with a heavy cold rain and topping it off with some hail.
3. Being a foreigner here, we need to pay quadruple of the fuel price and some of the petrol pump attendant refuse to sell the petrol to us too.
Bolivia is a least friendly country. So we will leave soon. But nonetheless, it is so beautiful here. Dusty, yes..but beautiful.
Magic of Bolivia. Salar de Uyuni, the largest salt flat in the world, has been one of the highlights of our 17 months being jobless and pursuing our dream ‘Finding Utopia’.
We will be heading to Tupiza, next few days located in the south of Bolivia to experience the lagoons, scenic hills and endless blue sky, anticipate another hundreds of kilometres.
Akhir kata, inilah sedikit tips yang dapat kami kongsikan setakat ini. Ianya tidak lengkap, tapi kami berharap ia sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada anda.
Kami masih mempunyai beberapa bulan lagi sebelum kami menamatkan pengembaraan singkat kami di benua Amerika Selatan ini.
Masih ada tempat yang belum kami jelajah, jadi kami pun tak tahu apa yang bakal kami dapati. Jadi tips itu akan kami kongsikan di kesempatan yang lain.
Happy travel!
“Let’s not travel to tick things off lists or collect half hearted semi treasures to be placed in dusty drawers in empty rooms. Rather, we’ll travel to find grounds and rooftops and tiny hidden parks, where we’ll sit and dismiss the passing time, spun in the city’s web ’till we’ve surrendered, content to be spent and consumed. I need to feel a place while I’m in it”. – Victoria Erickson
Bijan & Kim
Mencari Utopia
Baca lagi: Pengembaraan Bijan Dan Kim Sewaktu Di Benua Afrika