Presiden Argentina yang terkenal dengan perwatakan pelik, Javier Milei telah memuat naik luahan penuh kecaman di media sosial dengan mendakwa negara-negara lain ‘cemburu’ dengan  negara tersebut.

Hal ini kerana menurut sumber laporan Sport Bible, lebih 23 juta orang menandatangani satu petisyen yang menggesa negara Amerika Selatan itu diharamkan daripada menyertai mana-mana edisi Piala Dunia pada masa akan datang.

Pada 20 Julai lalu, jaringan Ferran Torres ketika memasuki masa tambahan telah menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia kedua dalam sejarah Sepanyol.

Lionel Messi bersama rakan sepasukannya  pula terpaksa berpuas hati muncul naib juara, selepas sebelum ini menjuarai kejohanan tersebut pada edisi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Leandro Paredes gagal mengawal kekecewaannya selepas kekalahan itu apabila terlibat dalam insiden tolak-menolak dengan Gavi dan Eric Garcia dari Sepanyol. Manakala rakan sepasukannya, Nahuel Molina turut dilihat seolah-olah cuba melepaskan tumbukan ke arah kapten La Roja, Rodri.

Milei Anggap Argentina ‘Dibenci’

“Masalah dengan Argentina ialah kami sentiasa menjadi tumpuan.”

“Kami tidak pernah dipandang sepi, orang ramai cemburu terhadap kami dan kami hebat dalam hampir semua perkara. Maaf, tetapi ada yang perlu mengatakannya.”

Satu lagi hantaran berbunyi: “Adakah anda mempunyai musuh? Itu bermakna anda pernah mempertahankan sesuatu. Kami mempertahankan Argentina.”

Sebahagian besar pemain Argentina turut membelakangi skuad Sepanyol ketika La Roja menjulang trofi Piala Dunia tempoh hari sekali gus mengundang lebih banyak kritikan daripada penyokong.

Hampir seminggu selepas insiden itu, kontroversi tersebut masih berterusan apabila satu petisyen bertajuk “Argentina Out” berjaya meraih lebih 23,316,108 tandatangan dalam tempoh kurang seminggu.

Penyokong dari 170 negara di seluruh dunia menandatangani petisyen itu, yang menggesa skuad Albiceleste disingkirkan daripada kejohanan Piala Dunia bagi ‘memberikan peluang yang adil kepada semua pasukan’.

Sumber