Semua pemain futsal memerlukan kemahiran yang baik dalam ‘marking’ bagi mengawal pemain lawan terutamanya ketika bertahan.

Tujuan utama ‘marking’ dalam futsal adalah untuk meneutralkan ancaman serangan pihak lawan. Ia juga bertujuan bagi menghalang pemain lawan untuk menerima bola dan meneruskan serangan yang direncanakan.

Baca Juga:

Terdapat dua jenis ‘marking’ dalam futsal yang biasa dapat dikenalpasti iaitu ‘zonal marking’ dan juga individu atau lebih dikenali sebagai ‘man marking’.

Mari kita kenali dengan lebih dekat mengenai ‘zonal marking’ dalam futsal:

Apa itu ‘zonal marking’

Setiap pemain pertahanan atau dalam futsal lebih dikenali sebagai ‘Fixo’ bertanggungjawab untuk menjaga seorang pemain lawan.

Setiap pemain juga perlu bertanggungjawab terhadap kawasan mereka di gelanggang. Pemain perlu peka terhadap bola, pihak lawan (terutamanya pemain lawan yang memasuki kawasan mereka).

Keadaan ini memerlukan anda berinteraksi sebagai satu pasukan dengan sangat baik. Elakkan daripada anda mengawal 2 orang pemain.

Sekiranya keadaan itu berlaku, ia akan membuka peluang lebih mudah kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

Anda perlu sentiasa fokus terhadap bola dan tidak menghalang pandangan rakan sepasukan yang sedang menjaga zon masing-masing.

Pemain perlu berwaspada terhadap pihak lawan yang sedang melakukan larian dan gerakan kearah gol pasukan anda.

Para pemain perlu bertahan sebagai satu pasukan. Barisan pertahanan tidak boleh terlalu jauh sesama sendiri kerana ia akan memberikan ruang yang terbuka luas buat pemain lawan.

Kelebihan ‘zonal marking’

Bertahan dengan kaedah sebegini dapat menguatkan kawalan unit pertahanan di dalam kawasan ‘D’ pasukan anda. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesalahan ketika permainan berbanding ‘man marking’.

Zonal marking juga kurang menggunakan tenaga kerana anda hanya menunggu pemain lawan yang akan menyerang ke kawasan anda.

Ia juga mudah untuk anda mendapatkan semula bola dari situasi bola muntah dan terus melancarkan serangan balas pantas.

Kelemahan ‘zonal marking’

Bagaimanapun masih banyak yang perlu dipelajari sebelum melaksanakan ‘zonal marking’ ini.

Pemain lawan yang terlalu ramai pada satu-satu kawasan akan menyebabkan pertahanan dapat ditewaskan dengan mudah.

Ianya akan menjadi masalah sekiranya menentang pasukan yang mempunyai kualiti rembatan yang baik.

Dalam pada itu, ‘zonal marking’ memerlukan pemain yang mempunyai fizikal dan kualiti pertahanan yang sangat baik.