Katering bukan sahaja menghasilkan makanan yang terbaik untuk tetamu yang datang, tetapi mereka juga perlu menyediakan susun atur meja yang cantik dan menarik.
Baru-baru ini TikTok @geecatering kongsikan sebab tisu disusun cantik sangat penting di dalam sesuatu majlis.
“Tisu yang cantik ini memberikan tanggapan pertama yang baik,” jelasnya.
Ia sekaligus membuatkan tetamu akan berasa susun atur katering tersebut betul-betul kemas dan teratur.
@geecatering “Nama pun event… tisu pun kena glow up sikit. Baru meja tu nampak ‘effort’.” Korang setuju tak 😀 Cuba komen sikit 👇 #kateringselangorkl #EventCatering #WeddingCatering #CateringService #geecatering
“Nampak kecil tapi kesannya sangat besar dalam gambar & video. Aura majlis akan lebih tersusun dan profesional.
“Ia juga menjadi elemen dekorasi tambahan tanpa perlu berbelanja lebih,” kata TikTok @geecatering.
Tambahnya lagi, tetamu juga senang untuk mengambil tisu tanpa perlu mengganggu susunan makanan.