Pelakon Tiz Zaqyah tampil menempelak segelintir pihak yang dianggap memperlekehkan sukarelawan Sumud Flotilla 2.

Menurut Tiz Zaqyah, golongan yang suka mengecam ini adalah golongan yang sakit hati atau ‘bitter’ dengan orang lain.

Sedangkan peserta peserta Sumud Flotilla memerlukan kata kata semangat daripada rakyat Malaysia, bukannya kecaman.

Tiz Zaqyah menganggap misi Sumud Flotilla adalah sangat murni namun pada masa yang sama, misi yang mencabar dan sarat risiko.

Menerusi hantaran di Threads, Tiz berkata: “Mereka di luar sana sedang menjalankan misi global berisiko tinggi untuk memecahkan sekatan — tapi di sini masih ada yang sibuk dengan ‘perempuan tak patut pergi’, ‘ini tak sesuai’, ‘itu tak boleh’.

“Pertama sekali. kita tiada hak untuk tentukan apa yang orang lain nak perjuangkan dalam hidup mereka.

“Kalau kau rasa tak ada apa nak dibuktikan, tak apa. Tapi sekurang-kurangnya jadi manusia yang beri sokongan — bukan yang jatuhkan semangat.

“Cuba beri kata-kata galakan. Sebarkan motivasi. Sama-sama bawa semangat perjuangan. Jangan ‘gaslight’ [mengaburi mata] orang seolah-olah apa yang mereka buat itu salah.

“Kita nak kumpul kekuatan. Malu sikit… cover [tutup] lah sedikit bitter [sakit hati] tu.”

tiz zaqyah sumud
Foto: Threads