Sebelum ini, pelakon senior, Azlee mendedahkan dirinya pernah ditawarkan bayaran sebanyak RM500 sehari oleh sebuah produksi untuk memegang satu watak.

Menurut Azlee, bayaran RM500 sama sekali tidak berbaloi apabila ada beberapa perkara tambahan yang perlu disediakan sendiri olehnya termasuk pakaian, kelengkapan lain dan kos pengangkutan ke luar kawasan.

Baca Juga:

Susulan itu, pelakon wanita Tiz Zaqyah memberikan respon tentang isu di ciapan miliknya di laman X. Menerusi ciapan tersebut, Tiz menzahirkan rasa kurang senang dengan bayaran ditawarkan kepada Azlee.

Menurut Tiz, pelawak dan pelakon senior tersebut bukan pelajar latihan industri atau ‘intern’ untuk ditawarkan dengan jumlah sedemikian.

Ciapan Tiz telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan oleh Tiz itu.

Malah, sepatutnya Azlee diberikan bayaran yang lebih tinggi dan setimpal kerana dia merupakan seorang pelawak dan pelakon senior yang sudah banyak menghiburkan penonton.