Netizen berang apabila mengetahui ada pihak produksi yang menawarkan bayaran rendah terhadap salah seorang artis veteran tanah air iaitu Azlee Senario.

Baru-baru ini, Azlee berkongsi satu kejadian dimana ada salah sebuah produksi yang menawarkan bayaran sebanyak RM500 sehari kepada beliau untuk memegang satu watak.

Baca Juga:

Perkongsian ini nyata membangkitkan amarah netizen dimana rata-rata dari mereka berasa berang dan menyifatkan bayaran tersebut adalah satu penghinaan terhadap salah seorang artis veteran di negara ini.

“Saya pernah mendapat satu tawaran untuk watak yang penting juga. Tapi mereka nak bayar saya satu hari RM 500.

“Mereka kena tahu. Jangan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas pelakon otai. Sebab tanpa mereka, tiada yang baru. Kalau di Hollywood, pelakon lama mendapat bayaran yang lebih mahal. Tapi di Malaysia terbalik.

“Saya kadang-kadang tengok ramai artis veteran yang mengeluh dan mengadu. Tolonglah hargai bakat mereka,” katanya.

Salah seorang pengguna X iaitu Phoebe Shafinaz menganggap tawaran ini bagaikan tidak menghargai artis veteran kerana komitmen yang perlu diberikan oleh artis tersebut sepanjang proses penggambaran.

“Katakanlah proses penggambaran mengambil masa seminggu untuk menghabiskan babak untuk watak sokongan, RM500 x 7 = RM3500 je dia dapat untuk komitmen 1 minggu untuk filem itu?

“Filem ini dijangka mendapat RM50,000,000 box office tetapi artis mendapat kacang? Azlee tahu nilainya. Dia berdiri teguh.

”Azlee bekerja dengan kami dalam filem yang diterbitkan dan diarahkan oleh ibu saya sebelum ini. Dia sangat baik, komited, kreatif dan berusaha untuk membina hubungan dengan semua pelakon bersamanya walaupun yang takde nama. Dia baik, dia mudah berurusan. Dan dia pasti layak mendapat yang lebih baik,” kata Phoebe.