Pelawak legenda Azlee Senario benar benar kecewa dengan pihak yang mendakwa dia mendapat sehingga RM3 juta daripada live TikTok. Yang bermaksud Azlee kini sudah bergelar jutawan TikTok.

Azlee sebelum ini sangat terharu menerima pemberian peminat daripada siaran langsung TikTok beliau. Di mana rata rata peminat memberikan hadian kepadanya sebagai tanda berterima kasih kepada Azlee yang pernah menceriakan masa kecil mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ada juga yang memberikan Azlee hadiah tersebut kerana ibu mereka sangat meminati Senario satu ketika dahulu.

@sillahijab

Rezeki dari ALLAH .. Terima kasih abg @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah IBU TERCINTA SAYA 😢 #SAYANGMAK #cintahatiku #mommysilla

♬ original sound – SILLA HIJAB – FOUNDER SILLA

Azlee sendiri terkejut dengan sambutan peminat kepada sesi live TikTok beliau. Kerana dia tak menyangka masih ramai peminat terutama sekali generasi muda yang mengikuti dan menyokong kariernya.

Ada yang turut bertanya bila Senario nak kembali, buat konsert dan sebagainya termasuk bertanya khabar Azlee dan kawan kawannya. Bukan itu sahaja, Azlee mengakui dia membuat live sebenarnya atas tujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Tetapi apa yang berlaku, ada laporan yang menyatakan Azlee setakat ini mendapat RM3 juta daripada hanya bersiaran langsung di TikTok.

Tuduhan itu dianggap tidak boleh diterima oleh Azlee. Yang menurutnya, ianya dilemparkan oleh mereka yang dengki dan iri hati dengan rezekinya di platform itu.

Azlee menambah, sebagai TikToker pihak itu lebih arif bahawa mustahil untuk Azlee mendapat wang sebanyak itu hanya kerana membuat live dalam masa 2 minggu.

“Itu tindakan tidak bagus. Dia buat macam tu agar dapat sekat rezeki saya, sebab orang akan fikir saya dah kaya dan pengikut tak perlu lagi berikan hadiah,” kata Azlee kepada Mstar Online.

Azlee bagaimanapun turut kekal tenang dan mendengar nasihat peminat peminat sejatinya agar tidak melayan pihak pihak yang toksik ini.