Pelawak tersohor tempatan, Azlee Senario dilaporkan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Berita itu disampaikan oleh pelakon juga pelawak, Ropie Cecupak yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp pada Instagram miliknya.

Perkara itu turut disahkan oleh adik perempuan Azlee menerusi akaun Instagram @billyjaafar.

Menurut Billy, abangnya dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung.

“Minta jasa baik rakan-rakan Billy semua dan sesiapa yang mengenali beliau (Azlee Senario), sama-sama mendoakan kesembuhan buat abang Billy yang kini berada di IJN disebabkan serangan jantung,” ujarnya.

Sama-samalah kita mendoakan semoga abang Azlee diberikan kesembuhan agar kembali sihat seperti sediakala.