TMJ sekali lagi bersuara tentang bola sepak Malaysia. Di mana isu gaji terus menjadi topik yang rumit setiap musim dalam liga Malaysia.

TMJ telah menegur pengurusan kelab di Liga Malaysia agar berbelanja secara berhemah dan mengikut kemampuan.

TMJ memberikanr respon kepada keratan berita di mana Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mencadangkan agar satu kerangka baharu dibuat daalam Liga Malaysia.

Ini untuk membantu membentuk liga yang lebih mapan dan lebih stabil dan tidak dibelenggu isu gaji yang tertunggak.

Isu gaji dapat perhatian menteri

Adam Adli menegaskan bahawa kementeriannya memandang serius isu tunggakan gaji pemain. Dan sesuatu yang merugikan jika sesebuah pasukan itu  tidak dapat bersaing, kerana masalah kewangan.

Ini akan membuatkan peminat setia mereka kecewa.

TMJ pula menegaskan bahawa, ianya bukan perkara yang rumit.

TMJ berkata: “Apa susah? Bayar gaji, dan jangan berbelanja melebihi kkemampuan.

“Cuba cari orang yang minat dan faham bola menguruskan kelab bola sepak. Berbelanja secara berhemah.

“Contohi Kuching FC dan Selangor FC,” kata TMJ lagi.

TMJ suruh segelintir pihak cermin diri sendiri dulu

Selain itu TMJ juga menyindir sesetengah pihak yang suka mencari salah orang lain, sedangkan diri sendiri yang tidak  bagus dalam menguruskan sesebuah kelab.

TMJ berkata: “Sendiri tak bayar gaji, sendiri tak jaga kebajikan, sendiri gagal merancang dan mengurus pebelanjaan, tapi salahkan orang lain, salahkan peraturan, salahkan liga dan lain lain.”

TMJ kemudian memuat naik gambar cermin sebagai sindiran agar pihak ini cermin diri sendiri dahulu sebelum menuding kesalahan kepada orang lain.

JDT menjadi pasukan yang terus berada di kelas tersendiri dalam Liga Malaysia. Salah satu sebabnya adalah kerana kemampuan kelab itu mengurus tadbir kewangan dengan berhemah.