Pemilik JDT, TMJ menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk mencapai kemenangan. Dan beliau sedar, pengurusan kelab lain juga sudah ada perancangan tersendiri untuk menghalang beliau.
Dalam satu tweet ringkas TMJ, beliau menegaskan bahawa setiap pasukan itu harus ada perancangan dan penyelesaian yang sebetulnya dalam berdepan cabaran.

TMJ juga berpendapat apa yang dikecapi oleh JDT pada hari ini, adalah kerana perancangan yang mereka mulakan sejak 2018 yang lalu.
TMJ dedahkan pentingnya perancangan
TMJ berkata: “Kita harus ada perancangan dan solusi yang sebaiknya. Apa sahaja yang kamu lihat dikecapi pada hari ini adalah hasil perancangan sejak 2018.
“Bola sepak, politik dan lain lain. Sekarang ini, dalam bola sepak, tanggungjawab saya adalah teruskan momentum kemenangan dan terus meningkat naik.
“Sama juga untuk mereka yang mengendalikan kelab lain. Gagal merancang, anda gagal untuk berjaya.
Seterusnya TMJ menegaskan bahawa beliau tidak boleh berbuat apa apa jika ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang sedang dinikmati pasukannya.

Namun TMJ yakin bahawa pemimpin mereka boleh membantu golongan ini dengan perancangan mereka tersendiri.
TMJ menambah: “Kamu tak suka saya menang? Saya tak boleh tolong kamu.
“Tetapi pemimpin kamu boleh menolong kamu. Sudah pasti ada perancangan [daripada mereka] untuk menghentikan saya. Saya tidak akan berhenti dengan apa yang saya sedang lakukan.”
We must have proper planning and solutions. Whatever you see happening today was planned since 2018. Football, politics etc. Now in football my responsibility is to continue winning and improving. Same goes with who runs other clubs. Fail to plan, fail to succeed. You don’t like…
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 19, 2025
TMJ dan JDT terus mencipta kejayaan luar biasa dalam arena bola sepak terutama sekali di peringkat domestik.
Mereka melengkapkan sejarah triple treble baru baru ini, menjadikan pencapaian itu sukar untuk ditanding mana mana pasukan lain.
Ketika JDT meraikan kejayaan demi kejayaan, pasukan pesaing mereka terus dibelenggu masalah yang sama seperti masalah gaji pemain dan sebagainya.
TMJ malah mengingatkan kelab kelab bermasalah itu agar mencontohi Kuching FC dan Selangor FC yang menurutnya antara pasukan yang bijak dalam menguruskan pasukan dan dana mereka.