Kad Touch ‘n Go (TNG) NFC merupakan salah satu barangan yang dicari-cari oleh orang ramai sehinggakan ada yang ditipu puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan kad tersebut.

Bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mendapatkan maklum balas daripada TNG mengenai penambahbaikan yang akan dilakukan ekoran isu perkhidmatan dan kad itu sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket
Isu kekurangan kad TnG

Pihak TnG akan membuat penambahan bilangan pengeluaran kad sehingga 3.5 juta pada tahun 2023 berbanding 2.68 juta kad pada tahun 2022.

Pemakluman notifikasi kad tamat tempoh

Bagi memastikan pengguna tahu kadnya akan tamat tempoh, pihak TnG akan menghantar emel pemakluman peringatan sebulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Pemakluman itu juga turut dibuat melalui notifikasi yang dihantar melalui aplikasi e-Wallet. Pada masa sama pencetakan semakan tarikh dipaparkan pada bahagian belakang kad pengguna.

Sumber Gambar: The Vocket
Memudahkan pemulangan dan bayaran balik baki kad

Bagi pengguna yang mahu mendapatkan baki kad, pihak TnG mempercepatkan proses bayaran balik kepada pengguna setelah syarikat konsesi melakukan siasata, pengesahan dan kelulusan. Jadi pengguna tidak perlu menunggu lagi menunggu masa yang lama untuk mendapatkan semula baki mereka.

Menurunkan iklan penjualan kad tidak berdaftar

Disebabkan lambakan penjualan kad TnG NFC yang tidak terkawal, notis rasmi akan diberikan kepada platform e-commerce untuk menurunkan semua iklan penjualan kad TnG yang tidak berdaftar.

Dalam pada itu, notis rasmi kepada pengendali syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah supaya penjualan dihadkan satu kad untuk seorang pelanggan sahaja dengan harga yang telah ditetapkan.

Advokasi fungsi ‘Kad Visa TnG’

Pengenalan ‘Kad prabayar Visa TnG’ telah menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pengguna. Oleh sebab itu pihak TnG akan mempamerkan notifikasi ‘This is not TnG Card’ sebelum pengguna membuat permohonan pembelian bagi mengelakkan kekeliruan pengguna.

Sumber Gambar: The Vocket

Bagaimanapun, setelah KPDN mengambil maklum mengenai langkah-langkah yang dikongsikan oleh TnG, pihaknya percaya bahawa ia masih tidak mencukupi dalam memastikan isu-isu berbangkit sebelum ini dapat diselesaikan dengan efektif.