Laluan SmartTag sememangnya direka khas untuk memudahkan dan menjimatkan masa pemandu sewaktu di tol. Akan tetapi, ada sahaja individu yang cuba mengambil kesempatan untuk melanggar prosedur dengan pelbagai helah.

Terbaharu, tular satu rakaman video dashcam di Twitter yang menunjukkan sebuah kereta Mercedes lama yang melalui laluan SmartTag tapi membayar menggunakan kad TNG. Hal ini sekaligus membahayakan kereta di belakang kerana terpaksa berhenti mengejut dan menunggu individu tersebut selesai membayar tol.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1577635838045093889?s=20&t=c1oPISdr65mAp9XyqM_pkg

Bukan itu sahaja, individu tersebut memandu kereta secara merbahaya dengan membrek berulang-kali dan mencelah tanpa melihat kenderaan yang sedang berada di sesuatu laluan. Lebih mengejutkan, individu ini berlakon seperti tidak bersalah dan berlagak samseng membuka pintu kereta menunjukkan ketidak puasan hati kerana tidak diberikan laluan.

Malah, individu berkenaan sekali lagi menggunakan lagi laluan SmartTag di tol berikutnya tanpa rasa segan silu. Perkara ini menjadi bualan hangat di laman sosial dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap suspek dan memberikan reaksi masing-masing.

Seperti yang kita sedia maklum, laluan SmartTag sememangnya direka khas untuk mereka yang sudah mempunyai alat SmartTag berserta baki yang secukupnya. Dengan berbuat sebegini, anda telah menyusahkan banyak pihak lebih-lebih kepada pengguna jalan raya sendiri.

Sekiranya anda menghadapi situasi yang sama, apakah tindakan yang rasional untuk mengatasinya? Kongsikan pengalaman atau pendapat anda pada ruangan komen.

Sumber