Dalam menyokong misi bebas asap rokok, Philip Morris Malaysia (PMM), anak syarikat Philip Morris International (PMI) baru-baru ini telah menganjurkan IQOS Together X Kuala Lumpur.

Acara Together X ini meraikan sedekad pilihan positif yang dibuat oleh jutaan pengguna dewasa IQOS di seluruh dunia dalam meninggalkan rokok dan memilih alternatif yang kurang memudaratkan.

“Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan Malaysia bebas asap rokok. Untuk mencapai matlamat ini, kami tahu bahawa alternatif yang lebih baik diperlukan bagi perokok dewasa yang tidak berhenti merokok, supaya mereka dapat membuat pilihan yang bijak berbanding terus merokok,” kata Naeem Shahab Khan, Pengarah Urusan PMM.

Naeem menambah, “Kami menghargai pilihan yang dibuat oleh perokok dewasa ini untuk meninggalkan rokok dan beralih kepada alternatif yang lebih baik. Ini adalah pilihan yang patut diraikan kerana ia mengiktiraf kemajuan dan menandakan satu pencapaian dalam perjalanan transformasi mereka.”

Selama lebih 10 tahun, PMI komited memberikan maklumat kepada perokok dewasa dan masyarakat tentang kewujudan produk alternatif bebas asap rokok.

PMI menggalakkan perokok beralih kepada alternatif ini jika mereka tidak berhenti sepenuhnya, sambil menyokong dan meraikan keputusan mereka untuk meninggalkan rokok.

Together X, Bukti Komitmen 10 Tahun PMI
IQOS ILUMA x Steve Aoki 10 Year Edition

Sebagai sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun Ke-10 IQOS, IQOS bekerjasama dengan DJ dan penerbit terkenal, Steve Aoki.

Kerjasama ini termasuk siri edisi terhad yang kini boleh didapati di sini dan kedai sah IQOS di seluruh Malaysia, sebagai simbol komitmen global ke arah masa depan bebas asap rokok.