Kebelakangan ini, semakin banyak pula kita melihat ‘individu bodoh’ yang diangkat seperti ikon di media sosial meskipun tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris meminta supaya berhenti mengangkat atau mempopularkan individu bodoh di media sosial.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di Instagram, Amin sangat mudah untuk jadi popular di Malaysia antaranya dengan menyanyi lagu raya sumbang, menghina peperiksaan SPM dan yang terkini bapa ayam pula.

Malaysia ni senang nak jadi ‘famous’. Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina peperiksaan SPM, terbaru jadi bapak ayam, zaaaaasss sekelip mata jadi ‘selebriti’. 

“Tolong berhenti popularkan orang bodoh.’ NILAI & ILMU dipandang sepi dan sendu,” tulisnya.

Perkongsian Amin itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan pengacara itu serta berharap budaya itu dapat dihentikan.

Sumber Gambar: IG @aminidris
Sumber Gambar: IG @aminidris

Hal ini wajib dipandang berat kerana anak muda sangat mudah terpengaruh dengan kandungan yang disiarkan yang mana lambat laun bakal memberi kesan negatif kepada negara. Bahkan, kini semakin banyak anak muda dilihat  berani melawan kenyataan daripada cendiakawan dalam sesuatu perkara.