Sebut sahaja Chatime, mesti anda sudah terbayang pelbagai seleksi minuman yang ditawarkan di situ dan Chatime memiliki peminatnya tersendiri serta kini terdapat lebih 70 cawangan dibuka di tiap-tiap negeri di seluruh negara.
Terbaharu, Tomok memberitahu bahawa dirinya telah membuka cawangan baru Chatime yang ketiga miliknya di Setia Alam menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Menerusi perkongsian tersebut, Tomok berasa bersyukur kerana dikurniakan rezeki membuka outlet baru itu dan menjemput orang ramai datang untuk cawangan terbarunya itu.
Untuk pengetahuan anda, Tomok telah mula menceburi perniagaan francais Chatime sejak tahun 2017 dan cawangan pertamanya berada di AEON Mall Shah Alam. Kemudian, Tomok dan isterinya membuka satu lagi cawangan Chatime di Setia Alam City Mall dan kini membuka cawangan ketiga di Petron Taipan, Setia Alam.