Dalam trailer yang dikongsi comicbook.com, dapat dilihat adik kepada T’Challa, Shuri merawat Vision sambil diperhatikan Bruce Banner. Adegan ini adalah khas untuk tontonan penonton saluran ABC News.

Trailer ini bersambung pula dengan behind the scene penggambaran Avengers: Infinity War. Nampaknya setiap pelakon sangat teruja menantikan filem ini. Jika anda lihat adegan Guardians of The Galaxy dan Thor, sekarang boleh faham kenapa filem Thor yang terbaru mempunyai mood fun yang sama dengan Guardians Of The Galaxy.

Seminggu sahaja lagi. Siapa yang sudah membeli tiket awal?