Beberapa hari sebelum pelancaran rasmi dan nampaknya pelancaran siri terbaru Google Pixel bukan lagi menjadi kejutan selepas Pixel 3 XL telah didedahkan sepenuhnya oleh Android Police. Difahamkan model ini bakal hadir dengan saiz skrin 6.7-inci serta dikuasakan dengan RAM 4 GB.

Berdasarkan video, dapat dilihat notch yang besar serta kurang digemari ramai masih lagi disertakan Google bagi model rasmi ini. Tonton video ini untuk melihat model terbaru ini dengan lebih dekat.