PepsiCo semalam malancarkan animasi 4 minit khas untuk duta jenama Gatorade, Lionel Messi. Iklan ini dilancarkan sempena Piala Dunia Rusia yang akan mula beberapa hari sahaja lagi.

Animasi pendek ini bakal menceritakan kisah sebenar hidup Messi dan bagaimana beliau menempuh segala cabaran yang datang. Animasi pendek ini juga mengingatkan kami dengan filem pendek yang pernah dihasilkan Nike satu ketika dahulu.

Bagi kami ianya satu animasi pendek yang sangat menghiburkan. Semoga terhibur!