Setelah lapan tahun sepi tanpa sequel terbaru, nampaknya Toy Story kembali lagi menerusi filem keempat mereka. Menerusi teaser pertama yang baru sahaja dimuat naik, filem terbaru ini bakal menampilkan karakter terbaru iaitu Forky. Mengulas mengenai plot penceritaan, masih ramai berteka teki adakah Woody bersama sama rakannya akan bahagia bersama tuan baru mereka. Tonton teaser pertama Toy Story 4 untuk mengetahui senarai karakter yang terlibat dalam filem terbaru ini.