Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Buzz, Woody dan rakan-rakan yang lain setelah ditinggalkan oleh Andy dalam Toy Story 3. Bagi menjawab persoalan tersebut, semalam Disney Pixar telah mengeluarkan trailer baharu selepas trailer pertama dikeluarkan kira-kira 2 bulan lepas.

Video berdurasi 30 saat tersebut menunjukkan kehidupan Buzz dan rakan-rakan di sebuah tapak fun fair. Trailer dimulakan dengan penampilan Bo Peep dan Woody yang kagum dengan suasana baharu mereka. Babak seterusnya menampilkan Buzz yang menjadi salah satu hadiah untuk salah sebuah permainan yang terdapat di tapak tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya Toy Story 4 ini bakal menampilkan beberapa watak baharu Ducky (Keegan-Michael Key), Bunny (Jordan Peele) dan Forky the Spork (Tony Hale). Toy Story 4 dijadualkan akan menemui peminat 21 Jun ini. Tag rakan anda dan ajak mereka ke pawagam nanti.