Paramount Pictures telah berkongsi trailer rasmi filem Sonic The Hedgehog. Untuk pengetahuan anda, filem Sonic The Hedgehog ini dibuat dengan mengambil karakter Sonic dalam permainan video blockbuster  SEGA.

Melalui trailer ini, anda dapat lihat penggembaraan Sonic bersama rakan-rakan manusia yang dikenalinya iaitu Tom Wachowski. Mereka bersama-sama mencuba untuk menghalang Dr. Robotnik (Jim Carrey) daripada menangkap Sonic yang mahu menggunakan kuasa Sonic untuk menakluk dunia.

Tonton trailer ini sementara menantikan filem Sonic The Hedgehog yang bakal ditayangkan pada November ini.