Belum pun sempat kebah demam Avengers: Infinity War, Marvel Studios melancarkan pula trailer filem terbaru filem Ant-Man and The Wasp.

Trailer ini menampilkan lebih aksi antara Ant-Man dan The Wasp bergandingan untuk menyelamatkan dunia. Dalam filem terbaru Ant-Man ini, mereka semakin mahir untuk membesarkan serta mengecilkan bukan sahaja tubuh badan mereka, tetapi objek sekeliling.

Turut serta dalam trailer terbaru ini adalah Goliath serta villain filem ini, Ghost. Mungkinkah akan ada jawapan kenapa Ant-Man tidak turut serta dalam Infinity War? Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam.