Insiden seorang pelawak yang dilaporkan ditahan di Jeddah kerana diasiasat berkaitan dengan kes dadah menarik perhatian Tony Eusoff.
Di mana menurut pelakon itu, netizen jangan cepat melatah dan cepat menilai seseorang itu. Kerana mungkin ada sebab kenapa seseorang itu mengambil barang terlarang.
Tony Eusoff berkongsi pengalaman hidupnya sendiri. Di mana dia pernah dipenjara 8 bulan kerana mengambil barang terlarang.
Menurutnya, pada masa itu dia benar benar menyesal dan mahu memeluk ibunya. Dia kesal membuatkan ibunya sedih dan menangis.
“Tiada yang lebih menyedihkan seorang anak apabila melihat ibunya menangis disebabkan perbuatan kita, dan perkara itu menjadikan saya lebih matang,” tegas pelakon itu lagi.
Oleh sebab itu, Tony Eusoff mahu orang di luar sana jangan cepat menilai. Dipetik daripada laman Beautifulnara, Tony berkata: Jangan cepat menilai, tunggu sehingga kes selesai. Mungkin mereka buat semua itu sebab terdesak.
“Kita tak tahu apa masalah mereka hadapi, orang yang ambil ‘barang’ sebab mereka nak lepaskan tekanan.”
Tony Eusoff yakin tiada manusia yang sukarela ambil barang terlarang itu tanpa sebab. Kerana mereka juga ada keluarga.
“Jadi, tak elok kita jatuhkan hukum. Tunggu sampai kes ini selesai dahulu, dan kemudian baru menilai. Lain manusia lain cabaran hidup mereka,” tegas beliau lagi.
Tony Eusoff meminta semua orang menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan undang undang.
“Kita bukan Tuhan, kita tak baik mana dan jangan hakimi orang lain,” tuntas beliau.