Disebabkan penawaran tambang yang murah, syarikat penerbangan AirAsia sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mengembara ke negara lain.

CEO AirAsia, Tony Fernandes baru-baru ini telah mengejutkan penumpang penerbangan sejurus mereka mendarat dengan pengumuman khas di dalam pesawat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang sentiasa menyokong syarikat penerbangan itu sepanjang tahun.

Beliau kemudian meluahkan apa yang dirasai sebenarnya tentang tiga tahun yang lalu apabila wabak melanda, dan selepas dunia kembali pulih seperti sebelum COVID-19.

“Sudah menjadi tiga tahun yang sukar, dan memberi peluang kepada ramai orang untuk terbang membuatkan saya sangat gembira. Ia menjadikan semuanya berbaloi,” katanya di dalam ucapan tersebut.

Tidak hanya berterima kasih kepada penumpang, beliau juga sempat memuji dan mengiktiraf para krew kabin yang telah melakukan dengan terbaik dalam berkhidmat kepada orang ramai selepas tiga tahun yang mencabar.

“Ia adalah sukar untuk mereka. Gaji mereka telah dipotong. Mereka juga tidak mempunyai peluang untuk terbang selama dua atau tiga tahun. Jadi tolong berikan mereka tepukan gemuruh,” katanya lagi.

Dapat dilihat para penumpang memberikan tempukan gemuruh kepada krew kabin selepas ucapan yang penuh bermakna itu.

Menariknya, Tony mengakui bahawa bahagian terbaik tentang perjalanan di AirAsia ialah apabila beliau dapat bertemu tetamu (penumpang) dan mengucapkan terima kasih kepada mereka secara peribadi.

Walaupun harga minyak semakin tinggi dan mata wang yang lemah, Tony berjanji kepada penumpang bahawa AirAsia akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan tambang yang rendah.

@tonyfernandesairasia

Best part about traveling on AirAsia is that i get to meet our guests and thank them in person. Today i made a special inflight announcement for our crew who have been through three years of hell and back. But they have stayed and fought with us, and now we are back. Despite the high oil prices and the weak currency, we will try to keep our fares low so make good on our promise “Now everyone can fly”. Ps. when we are fully recovered, next inflight meal is on me.

♬ original sound – Tony Fernandes – Tony Fernandes

Tony mengakhiri ucapan dengan mengatakan apabila AirAsia sudah pulih sepenuhnya, makanan di dalam penerbangan seterusnya akan ditanggung oleh beliau.