Pada pertengahan Februari lalu, AirAsia telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL untuk membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (Urban Air Mobility/UAM) yang terkemuka di Asia Tenggara.
Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi beberapa keping gambar di mana beliau dan pasukannya telah pergi melawat ibu pejabat Vertical Aerospace.
Kelihatan Tony bergambar dengan pengasas syarikat penerbangan elektrik berpengkalan di UK, Stephen Fitzpatrick, di hadapan salah satu pesawat VX4 eVTOL buatan Vertical Aerospace.
Tambah Tony lagi, ‘teksi udara elektrik’ bakal menjadi produk terbaharu AirAsia yang boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia SuperApp dan AirAsia Ride apabila perkhidmatannya sudah sedia beroperasi nanti.
Pesawat VX4 eVTOL mampu membawa empat penumpang dan seorang juruterbang, berkelajuan sehingga 230km/j dan berkemampuan untuk bergerak sejauh lebih 160 kilometer.
Dengan penggunaan teksi udara elektrik, Tony menyatakan harga perkhidmatan yang ditawarkan sangat murah berbanding pesawat komersial dan menjimatkan lebih banyak masa untuk pengguna menuju ke sesuatu lokasi.
“KLIA 2 ke pusat bandar Kuala Lumpur cuma mengambil masa 17 minit. Manakala dari Lapangan Terbang Bangkok ke pusat bandar Bangkok pula memerlukan 11 minit sahaja,” kata Tony dalam hantaran Instagram peribadinya.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Baca lebih lanjut mengenai pajakan 100 buah ‘teksi udara elektrik’ daripada Vertical Aerospace melalui pautan di bawah.
Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’
AirAsia Komited Mahu Langsaikan Kesemua Tuntutan ‘Refund’ Pelanggan
AirAsia Bakal Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Sehingga RM60 Bermula 8 Mac Ini