Touch ‘n Go baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk menambah baik sistem sekuriti agar akaun para pengguna lebih jamin keselamatannya. Selain itu, TNG juga mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kad debit yang boleh dipautkan ke dompet digital pada akhir tahun ini.
Menerusi langkah ini, para pengguna boleh menggunakan baki pada dompet digital menerusi mana-mana kedai yang menerima kad debit sebagai medium bayaran di seluruh dunia. Kad prabayar TNG ini sudah pasti bakal memberi saingan sengit buat MAE dan Bigpay.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
Menariknya, kad prabayar VISA ini membolehkan pengguna membuat pembayaran di kedai-kedai terpilih boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai menerusi ATM yang menyokongnya. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasminya pada bulan hadapan.