Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan seorang individu yang kerugian lebih RM23,000hanya kerana mahu mendapatkan kad TNG NFC pada harga terlampau murah.

Perkara ini telah menarik perhatian pihak Touch ‘n Go kerana ramai yang sudah tertipu dengan penjualan kad TNG NFC dari saluran yang tidak rasmi. Oleh itu, syarikat Touch ‘n Go mengingatkan orang ramai untuk membeli kad TNG NFC dari saluran yang sah.

Artikel Berkaitan:

Sumber Gambar: FB Touch ‘n Go eWallet

Pihak TNG mengesahkan hanya menjual kad TNG NFC menerusi aplikasi TNG eWallet, Pusat Servis TNG di Bangsar South dan Nu Sentral serta di stesen-steswn minyak terpilih. Anda boleh kunjungi laman rasmi untuk melihat senarai penuh stesen minyak.

Selain itu, pihak TNG juga menawarkan kad TNG NFC ini menerusi platform Lazada namun dalam stok yang terhad. Pengguna pula dinasihatkan untuk tidak berurusan berkaitan pembelian kad tersebut menerusi WhatsApp, Telegram atau platform pemesejan lain.

Sejak kad TNG NFC diperkenalkan, banyak individu yang mengambil kesempatan dengan menjual kad tersebut pada harga yang tinggi. Sehingga kini, kad TNG masih menjadi buruan kerana dapat memudahkan urusan tambah nilai secara terus di telefon pintar.