Jika sebelum ini kita sedia ditawarkan dengan kad TNG NFC, kini pihak Touch ‘n Go membawakan kejutan khas buat sambutan Hari Natal. Pada kali ini, anda berpeluang memiliki keychain berbentuk biskut gingerbread dengan sokongan NFC juga.
Keychain TNG NFC edisi Hari Natal ini secara rasminya dijual pada harga RM30 menerusi laman Lazada secara eksklusif dengan jumlah yang terhad. Penghantaran pula akan bermula pada 20 Disember kelak.
Baca Juga:
- Touch ‘n Go Bakal Lancarkan Kad Prabayar Visa Dengan Sokongan Pautan Dompet Digital
- Touch ‘n Go eWallet Sedia Digunakan Untuk Pembayaran Di China
Seperti kad TNG NFC, anda boleh sahaja gunakan aksesori ini untuk membuat pembayaran tol, tempat letak kenderaan dan sebagainya. Paling penting sekali boleh menambah nilai secara terus menggunakan teknologi NFC pada telefon pintar sahaja.
Dari segi rekaan, ia sememangnya tampil menarik dalam masa yang sama boleh disuaikan pada barangan harian yang dengan mudah. Memandangkan aksesori TNG ini menjadi ‘barang panas’, ia sudah habis terjual dan perlu tunggu penawaran baharu di Lazada.