Kereta penguatkuasa yang bagus dapat melancarkan pihak pegawai penguatkuasa menjalankan tugasan harian mereka.

Ia dapat membantu pihak penguatkuasa bertindak cepat, melindungi anggota semasa operasi berisiko, membina imej profesional di mata masyarakat dan menyokong pelbagai tugas khas dengan lebih berkesan.

Baca Juga:

Kenapa JPJ ada kereta penguatkuasa Toyota Corolla Altis?

Baru-baru ini Menteri Kementerian Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook menjadi wakil menerima sebuah prototaip kenderaan penguatkuasa model Toyota Corolla Altis 1.8E daripada UMW Toyota Sdn Bhd.

Model prototaip itu akan digunakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk untuk pandu uji selama enam bulan bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan operasi, serta mengenal pasti kesesuaian kenderaan tersebut.

Jangan Terkejut Nampak Toyota Altis JPJ Atas Jalan Nanti, Itu Kereta Apa?
Sumber Gambar: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Daripada kenyataan rasmi dan beberapa gambar dikongsikan, pihak JPJ menyatakan kereta prototaip itu dilengkapi dengan lampu Beacon Light Wan-Ra Liberty 14 Bulb, serta Speaker Whelen Lo-Pro pada bumbung, dan sistem Siren Whelen HHS 3200.

Pada masa sama kereta prototaip itu hadir dengan rekaan livery terbaharu yang dicadangkan khusus bagi kesesuaian untuk sesebuah kenderaan operasi.

Jangan Terkejut Nampak Toyota Corolla Altis JPJ Atas Jalan Nanti, Itu Kereta Apa?
Sumber Gambar: Facebook Ministry of Transport Malaysia

Pada masa sama YB Anthony Loke turut menerima kereta diecast prototaip kenderaan penguatkuasa tersebut daripada UMW Toyota Sdn Bhd.

Jika anda ternampak kereta penguatkuasa di atas jalan dalam tempoh enam bulan ini, itu bukanlah kereta rasmi JPJ. Sebaliknya kenderaan itu sedang dipandu uji.

Jangan Terkejut Nampak Toyota Corolla Altis JPJ Atas Jalan Nanti, Itu Kereta Apa?
Sumber Gambar: Facebook Ministry of Transport Malaysia

Pandu uji kenderaan oleh badan rasmi kerajaan bukanlah satu perkara yang asing.

Sebelum ini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pernah memandu uji beberapa buah model jenama Jerman; BMW M3, BMW X3 dan Volkswagen Tiguan.

Awal tahun ini pula PDRM memandu uji model Peugeot 408 keluaran kilang Kedah.