Toyota Thailand umumkan kerjasama mereka dengan adidas Jepun untuk menghasilkan beberapa barang sukan yang terhad untuk dimiliki. Dengan bertemakan ‘Disrupt To Create’ kesemua idea ini dihasilkan oleh adidas.
Untuk kolaborasi pada kali ini, mereka telah menghasilkan dua warna untuk dimiliki iaitu warna hitam dan putih untuk disamakan warna pada dicat dengan kenderaan ini. Antara barangan dihasilkan oleh mereka ialah terdapat sepasang kasut adidas Adizero Japan Boost, jaket Adidas Climalite dan beg galas 30 liter. Untuk kasut pula terdapat pilihan warna hitam atau putih, manakala barangan lain mereka menampilkan warna hitam sahaja.

Setakat ini tidak dinyatakan sama ada C-HR Adidas ini akan dijual atau memasuki pasaran Malaysia, tetapi kolaborasi antara dua syarikat ini dihasil amat terhad iaitu sebanyak 1,200 set barangan adidas dengan C-HR. Kolaborasi ini mungkin mendapat menarik minat pengumpul barangan adidas dan Toyota untuk memiliki kolaborasi ini.