Instagram merupakan media sosial yang seronok untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang suka melihat gambar pemandangan dan lokasi travel yang menarik.
Kali ini kami ingin kenalkan anda dengan 10 instagrammers dari Malaysia yang sering berkongsi kisah pengembaraan mereka. Jom kita mulakan.
1. Kina Omar – satu-satunya pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Pulau Jeju, Korea. Kina sering berkongsi gambar pemandangan menarik di sekitar Pulau Jeju dan Korea, kisah seharian beliau sebagai pelajar dan tip untuk berkunjung ke Korea.
2. Hannah on Earth – wanita Sabahan yang telah berkahwin dengan warga USA. Hannah kini sedang menjelajah USA dan sering berkongsi pengalaman dan kisah menarik di sepanjang pengembaraan beliau.
Baca: Wanita Sabahan Ini Habiskan 3 Bulan Travel Sejauh 4000km Di USA Dan Merentas 4 Zon Masa
3. Bijanz Perspective – gadis bernama Bijan ini berhenti kerja dan telah mengembara by road selama 1 tahun dengan sahabatnya Kim. Antara negara yang telah dilawati adalah Mongolia, negara Eropah hingga ke Afrika. Memandangkan Bijan adalah seorang fotografer, beliau banyak berkongsi gambar-gambar menarik di sepanjang pengembaraan beliau.
Status terkini selepas selesai menjelajah Benua Afrika, Bijan bakal mengorak langkah menjelajah beberapa negara lagi di Benua Eropah sebelum meneruskan projek berskala besar beliau yang masih dirahsiakan.
Baca: Setelah Setahun Travel, Gadis Ini Berkongsi Rahsia Bagaimana Beliau Menabung
4. Route Explorers – lebih dikenali sebagai Menk Mahawangsa, pemilik akaun instagram ini sedang mengembara by land bermula dari Asia hingga ke Eropah dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas dan keretapi dengan kos yang paling minima.
Berbagai pengalaman yang telah beliau kongsikan termasuk sewaktu berada di Nepal yang sedang dilanda gempa bumi.
5. DavidWano – pelajar jurusan perubatan di Mesir ini memang seorang yang gila travel. Sehingga kini beliau telah travel ke 34 negara dan status terkini beliau sedang mengembara di Filipina dan mencari jejak Muslim di Manila.
6. ArtDeep – seorang traveler dan fotografer yang kini sedang berada di China. Sebagai fotografer pastinya beliau banyak berkongsi gambar-gambar dan kisah menarik di sepanjang pengembaraan beliau yang sedang melakukan overland trip dari Thailand ke Mongolia.
7. Syahrulfikri Salleh – dikenali sebagai Ajin dikalangan rakan-rakan, beliau pernah mengembara secara hitchike di Eropah. Terkini Ajin sedang berada di Pnom Penh.
Sejak keluar mengembara pada tahun 2013, Ajin juga melakukan kerja-kerja sambilan di tempat yang beliau kunjungi untuk mendapatkan duit poket. Antara perkara menarik yang dikongsikan oleh Ajin adalah bagaimana untuk travel dengan cara yang menjimatkan.
8. Zahariz – siapa tak kenal lelaki yang mengembara dengan basikal ini. Tapi nampaknya kini beliau telah tinggalkan basikal untuk sementara waktu dan menjelajah Kyrgystan dengan 2 ekor kuda.
Sebagai seorang fotografer, Zahariz sering berkongsi gambar dan pengalaman menarik disepanjang pengembaraan beliau di instagram.
9. Sicksiders Malaysia -3 pemuda Malaysia ini sedang dalam pengembaraan berbasikal dari UK ke Malaysia. Terkini mereka sedang menjelajah China dan menyambut hari raya di daerah Xi’an.
Berbagai pengalaman dan gambar-gambar menarik yang telah mereka kongsikan di instagram mereka.
Baca: Berbasikal Dari London Ke Malaysia, 3 Pemuda Ini Bertemu Anjing Yang Mengajar Erti Sahabat Sejati
10. Kenyalang Celup – jika minggu lepas anda membaca status update beliau di Jepun, jangan terkejut jika minggu ini tiba-tiba beliau berada di Indonesia pula. Bila terasa nak minum jus alpukat saja, tiba-tiba beliau sudah terbang ke Indonesia.
Bila terasa nak makan laksa penang pula, tiba-tiba beliau sudah berada di Pulau Pinang. Dikenali sebagai Zali di kalangan rakan-rakan, pemilik insta Kenyalang Celup ini telah travel ke 70 negara setakat ini. Beliau juga suka mengembara secara ‘overland cross boarder’.
Baru-baru ini Zali telah terbang ke Jepun beberapa hari sebelum raya dan menyambut syawal sambil mengembara di sana.