Kini terdapat satu trend terbaru di TikTok di mana pelajar melancarkan kempen mengutuk cikgu mereka sendiri.

Pelajar pelajar ini menyatakan bahawa mereka bukan malas ke sekolah bukan sebab mereka malas, namun kerana tidak berpuas hati dengan cikgu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Salah seorang pengguna TikTok menyatakan bahawa peraturan sekolah membuatkan mereka semakin hari semakin menyampah pergi ke sekolah.

@moyyyanis

kadang ii peraturan sekolah membuat malas sekolah πŸ€·πŸΌβ€β™€οΈ #fypage #foryourpage #fypp #fypquotes #quotes

♬ suara asli – ππŒπ•πŸŽ§ – ππŒπ•

Di ruangan komen ramai yang menyokong konten tersebut. Rata rata mereka menyalahkan cikgu dan peraturan sekolah yang tidak kena di hati mereka punca mereka jadi culas nak ke sekolah.

Ada yang biadap menunjukkan jari tengah tanda tidak berpuas hati dengan cara guru melayan pelajar.

Trend ini benar benar membuatkan ramai netizen kecewa dengan generasi muda hari ini yang ternyata dianggap terlalu lembik. Hanya kerana peraturan sekolah yang ketat dan guru yang tegas sudah membuatkan mereka tidak kuasa untuk ke sekolah.

Tidak hairanlah baru baru ini dilaporkan lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak hadir ke dewan peperiksaan.

Bukan itu sahaja, ada yang berbangga menunjukkan slip SPM mereka yang teruk di media sosial bersama sama dengan bukti tidak hadir ke dewan peperiksaan.

Netizen Geleng Kepala Tengok Remaja Ini Tayang Keputusan SPM Teruk Sebagai Konten

Ramai yang menegur golongan ini mengingatkan mereka, tanpa pendidikan, mereka akan bergelut menempuhi kehidupan di alam dewasa. Tidak semestinya seseorang itu harus cemerlang atau mendapat A dalam semua subjek. Namun ilmu di sekolah itu boleh dijadikan bekalan paling berguna di kemudian hari.

Kemudian yang lain menasihati pelajar pelajar ini bahawa, walaupun mereka tak suka dengan cikgu mereka, namun terima sahajalah keadaan dan terus berjuang untuk belajar.

Ayra menulis: “Walau macam mana pun kita benci tu cikgu tapi dia tetap cikgu kita sebab dia yang ajar kita jadi terima jak lah so just trust yourself and don’t give up.”

Trend malas datang ke sekolah sebab tak suka dengan cikgu sendiri ini sebenarnya turut berlaku di Indonesia.

@azzamsabil_45

#guru#bismillahfypp #masukberandafyp #fypγ‚·γ‚šviral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Original Sound – Unknown