Trent Alexander Arnold semaki hampir sertai Real Madrid secara percuma.
Berita tersebut muncul ketika The Reds sedang berehat sempena minggu antarabangsa.
Trent semakin hampir ke Bernabeu
Menurut Fabrizio Romano, kesepakatan antara Trent Alexander Arnold dan Real Madrid semakin hampir dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Trent Alexander-Arnold and Real Madrid. 🔛 pic.twitter.com/8YMmNnS3KB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 25, 2025
Di mana kesemua pihak terlibat benar benar yakin bahawa kesepakatan ini akan dicapai tanpa sebarang masalah. Sekaligus menamatkan saga perpindahan yang berlarutan sejak setahun lalu.
Real Madrid buru Trent Alexander Arnold
Real Madrid sudah menyatakan minat mereka ke atas pemain antarabangsa England itu sekian lama.
Dan polisi perpindahan mereka adalah mengutamakan pemain yang dianggap berkelas dunia menjadi ejen bebas.
Polisi yang sama mereka lakukan ketika mendapatkan David Alaba dan Kylian Mbappe sebelum ini. Walaupun mereka terlepas Alphonso Davies.

Trent Alexander Arnold dianggap penggganti sempur untuk Dani Carvajal yang berada di hujung kariernya bersama kelab itu.
Sebelum ini Real Madrid malah sedia membayar perpindahan Trent Alexander Arnold sekitar £25 juta selepas kecederaan Carvajal. Namun ditolak Liverpoool yang tidak aktif membeli pemain.
Pemain itu kemudian menolak beberapa siri tawaran Liverpool kepadanya, dipercayai kerana mahu menyertai Real Madrid.
🚨💣 Trent Alexander-Arnold and Real Madrid, closer and closer after story revealed 1 year ago.
The official contract proposal from Real has been sent to TAA and his camp.
Discussions underway on details of the deal; all parties involved CONFIDENT to get the agreement done. pic.twitter.com/jlXHEzP2MX
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 25, 2025
Trent Alexander Arnold sudah memenangi segalanya di Liverpool termasuk UCL dan EPL.
Dia menjadi bek sisi yang sangat kreatif dan memiliki jumlah assist yang tidak masuk akal.
Kehadiran pemain itu dianggap boleh menjadi pelengkap kepada projek era baharu Real Madrid yang sarat dengan pemain muda atau pemain pada usia kemuncak yang berbakat.
Ini dengan adanya nama seperti Fede Valverde, Kylian Mbappe, Jude Bellingham, Vinicius Jr dan ramai lagi.
Peminat Real Madrid gembira Trent Alexander Arnold semakin hampir menjadi milik mereka.